Tag Archives: de beers

Orang kaya China banjiri London

du_04.1

Orang kaya China banjiri London

LONDON – Pelbagai gedung mewah di kawasan elit West End di sini kini menjadi tumpuan golongan kaya dari China untuk membeli-belah barangan berjenama yang mahal sehingga mengatasi kerabat diraja Arab dan jutawan Rusia.

Trend itu dilaporkan oleh beberapa syarikat rebat cukai yang merekodkan kedatangan pelancong China itu.

Pelancong itu berbelanja tiga hingga empat kali lebih banyak berbanding setahun lalu dan semasa Britain mengalami kemelesetan ekonomi.

Di Old Bond Street yang terkenal dengan butik fesyen dan perhiasan seperti De Beers dan Graff, pelanggan-pelanggan China dikatakan sudah memintas golongan berbelanja besar dari rantau Arab, Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan hartawan Nigeria.

“Kami mencari barang jenama yang berkualiti baik,” kata Lilian Wang, 28, seorang pekerja bank dari Beijing ketika ditemui di Oxford Street, salah satu kawasan tumpuan pelancong asing membeli-belah di sini.

“Saya tidak ghairah macam orang lain yang membeli sedozen beg jenama Louis Vuitton, tetapi saya yakin barang di sini lebih murah daripada Beijing.

“Mata wang pound Britain juga rendah,” kata wanita itu lagi.

Dengan membeli sut untuk suami berharga £900 (RM5,165), dia mampu membeli sepasang kasut sederhana £50 (RM287) untuk dirinya sendiri.

Warga China lebih gemar membeli barangan biasa yang membosankan dan mereka tidak tergoda dengan tawaran produk gaya hidup.

Pekedai-pekedai turut menggaji pekerja yang boleh berbahasa Mandarin untuk menarik pelanggan kaya China.

Seorang felo pengajian ekonomi di Universiti Oxford, Linda Yueh berkata, pertumbuhan pendapatan terutama kepada golongan atasan yang memacu dalam pengumpulan kekayaan masih lagi kukuh di China.

“Ini menyebabkan orang kaya dari China mungkin mendapati kelemahan nilai pound Britain sebagai salah satu tarikan untuk datang membeli-belah di London,” katanya.

china, china kini, china terkini, china terbaru, china baru, china skandal, gambar china, foto china, video china, biodata china, biografi china, sejarah china, web china, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita china, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, china, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1,