Tag Archives: Button

Hamilton anggap Button pencabar

Hamilton anggap Button pencabar

LONDON – Pemandu McLaren, Lewis Hamilton berasa gembira dengan cabaran sengit diberikan Jenson Button meskipun dia tewas kepada rakan sepasukannya itu pada perlumbaan Grand Prix (GP) Hungary, Ahad lalu.

Bukan kali pertama untuk musim ini, Hamilton dan Button bersaing hebat sesama sendiri bagi merebut kemenangan tetapi kali ini ia tidak berakhir seperti GP Kanada apabila kedua- dua mereka berjaya menamatkan perlumbaan.

Selepas bertukar posisi tidak kurang daripada empat kali, Hamilton dan But- ton berlumba secara sengit untuk mendahului perlumbaan di Litar Budapest, Hungary sebelum akhirnya Hamilton terpaksa mengalah kerana mengalami masalah pada tayar jenteranya.

Button muncul juara, manakala Hamilton sekadar menamatkan saingan di tempat keempat di belakang pemandu Red Bull, Sebastian Vettel dan Fernando Alonso dari Ferrari.

Namun bagi Hamilton, dia tidak berasa sedih atau terkilan, sebaliknya tetap gembira kerana Button berjaya menjulang nama McLaren dengan muncul juara pada perlumbaan tersebut.

“Dia (Button) merupakan rakan sepasukan yang cukup hebat dan sememangnya seorang pemandu yang bagus.

“Dia memandu dengan baik pada perlumbaan yang cukup hebat (di Litar Budapest) dan memang layak untuk memenanginya.

“Kami menekan satu sama lain sepanjang perlumbaan dan itu sesuatu yang sentiasa kami harap dan mahu lakukan pada setiap perlumbaan.

“F1 sememangnya sukan yang memerlukan kita memaksa diri bagi mencapai had maksimum.

“Mempunyai rakan sepasukan yang mampu memberi saingan hebat adalah sebahagian daripadanya,” kata Hamilton.

Hamilton, biografi Hamilton, dunia, foto, gambar, harian, indon, indonesia, juga, kata, kini, kl, maju, malaysia, mampu, mara, melayu, menang, rasa, Hamilton  berita , Hamilton  gambar Hamilton  antarabangsa,  artis, Hamilton  asia, Hamilton awas, Hamilton baru, Hamilton, Hamilton biodata, Hamilton biografi, Hamilton bulan, Hamilton dunia, Hamilton  foto, Hamilton gambar, Pemandu, McLaren, Lewis, Hamilton, berasa, gembira, Jenson, Button, perlumbaan, Grand, Prix, Hungary, Bukan, kali, pertama, musim, ini, Hamilton, Button, GP, Kanada, Sebastian Vettel, Hamilton sukan

Button tetap optimis kuasai tahun 2009

su_08.1

Button tetap optimis kuasai tahun 2009

BELGIUM – Pemandu Brawn GP, Jenson Button (gambar) tetap optimis untuk meraih kejuaraan dunia tahun ini meskipun gagal menamatkan perlumbaan pada Grand Prix (GP) Belgium.

Pemandu Britain berusia 29 tahun itu gagal meraih mata buat kali pertama musim ini selepas mengalami kemalangan pada pusingan pertama.

Begitupun, Button yang menjuarai enam daripada tujuh perlumbaan pertama musim ini, masih kekal di tangga teratas dengan mengumpul 72 mata, 16 mata di hadapan rakan sepasukannya, Rubens Barrichello yang menduduki tempat ketujuh kelmarin.

Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel pula di tempat ketiga dengan mengumpul 53 mata. Menurut Button, dia tetap berfikiran positif meskipun gagal meraih kejayaan podium buat kali kelima berturut-turut.

“Saya masih positif. Tiada sebab untuk saya patah semangat,” kata Button.

“Saya kehilangan dua mata selaku pendahulu. Sudah tentu ia bukannya sesuatu yang bagus tetapi saya harap, semuanya akan bertambah baik selepas ini.”

Button bagaimanapun sedar, jentera Brawn GP pasti berdepan kesukaran sekali lagi apabila beraksi pada GP Itali di Monza 13 September ini.

“Litar Monza bukanlah litar yang sesuai dengan jentera Brawn GP tetapi kami harus pastikan kami tidak melakukan sebarang kesilapan,” tambah Button.

“Saya jangka, Red Bull akan menguasai GP Itali selepas ini.”

Button, Button kini, Button terkini, Button terbaru, Button Button, Button dunia, Button asia, Button malaysia, Button melayu, Button indon, Button indonesia, Button kl, Button foto, Button gambar, Button video, Button biodata, Button biografi, Button sejarah, Button skandal, Button bf1, biodata Button, biografi Button, Button dunia, Button majalah, Button baru, Button asia, Button artis, Button hiburan, Button kawan, Button politik, Button-Button, Buttonkini, Buttondunia, Buttonasia, Buttonmalaysia, Buttonmelayu, Buttonindon, Buttonindonesia, Buttonkl, Buttonfoto, Buttongambar, Buttonterkini, Buttonweb, Buttonharian, Buttonbaru, Buttonbf1, Buttontv, Button8, Buttongay, Buttonpenting, Buttonbulan, Buttonkasa, Buttonawas, Button2, Buttonscander, Buttonjalan, Buttonmaju, Buttonsukan, Button kini, Button dunia, Button asia, Button melayu, Button indon, Button indonesia, Button kl, Button foto, Button gambar, Button terkini, Button web, Button harian, Button baru, Button bf1, Button tv, Button 8, Button gay, Button penting, Button bulan, Button awas, Button scander, Button jalan, Button maju, Button sukan, Button, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, Bf-1, jenson button, button, brawn gp, formula one

Vettel semakin hampir pertahan kejuaraan

Vettel semakin hampir pertahan kejuaraan

MONZA, Itali – Pelumba Red Bull, Sebastian Vettel mengorak langkah dalam usaha mempertahankan kejuaraan dunia apabila muncul juara perlumbaan yang dicemari kemalangan pada Grand Prix Itali, semalam.

Kemenangan kelapan pemandu Jerman berusia 24 tahun itu terus melebarkan jurang mata Vettel pada tangga teratas dengan kelebihan 112 mata, selepas pencabar terdekat yang juga rakan sepasukan, Mark Webber terkeluar daripada perlumbaan akibat pelanggaran dengan pelumba Ferrari, Felipe Massa.

Dengan baki enam perlumbaan, kedudukan Vettel sebagai juara dunia semakin sukar dicabar.

Tempat kedua milik pelumba Britain, Jenson Button yang mengambil kesempatan daripada persaingan Lewis Hamilton dan Michael Schumacher bagi meraih kedudukan podium.

Juara dunia dua kali, Fernando Alonso memberikan keceriaan kepada penonton tuan rumah yang sememangnya memberikan sokongan kepada Ferrari, apabila mendapat tempat ketiga.

Kejayaan tempat ketiga meletakkan pelumba Sepanyol itu pada tempat kedua keseluruhan dengan pungutan 172 mata, lima mata mengatasi Button pada tangga ketiga.

Hamilton pula kecewa apabila gagal memintas Alonso pada pusingan terakhir bagi menamatkan perlumbaan pada tempat keempat sementara juara dunia tujuh kali, Schumacher menyerlah dengan kedudukan ke kelima.

Dua pemandu Team Lotus, Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli menamatkan perlumbaan tempat ke-13 dan ke-14.

Pemandu baru Renault, Bruno Senna yang menggantikan Nick Heidfeld, menghadiahkan dua mata kepada pasukannya apabila menduduki tempat kesembilan.

Vettel, semakin, hampir, pertahan, kejuaraan, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, berita kl, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, Britain, Jenson Button, pelumba, Sepanyol, keseluruhan, pungutan, mata, mengatasi, Button, tangga, ketiga, pemandu, Team Lotus, Heikki Kovalainen, Jarno Trulli, perlumbaan, Pemandu, baru, Renault, Bruno Senna, Nick Heidfeld, menghadiahkan, dua, mata, menduduki, kesembilan