Tag Archives: buruk

Ibu rantai anak lelaki selama 23 tahun

Ibu rantai anak lelaki selama 23 tahun

CHONGQING – Seorang ibu mengikat anak lelakinya yang sakit mental dengan rantai dalam keadaan bogel di dalam sebuah bangsal yang buruk di sini sejak 23 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu itu, Xiao Anrong yang berusia 76 tahun mahu anaknya itu, Tang Zuhua yang berumur 40 tahun dijaga oleh seseorang selepas dia meninggal dunia.

Menurutnya, dia merantai anaknya itu demi kebaikannya.

Dia berkata, anaknya akan mengoyakkan pakaian yang diberikan kepadanya.

Menurut ibu itu, anaknya akan membahayakan dirinya sendiri jika dia tidak dirantai.

Dia berkata, jiran-jirannya juga telah mendermakan makanan untuk anaknya itu.

Anaknya itu tidur di atas lantai kerana ibunya tidak mampu membeli jerami untuk dijadikan alas tidur.

Anrong berkata, anaknya itu mula bertindak ganas semasa dia berumur 17 tahun dengan membaling pelbagai barang menyebabkan keputusan untuk merantainya dibuat.

Sejak dua orang lagi anaknya yang normal meninggalkan rumah, Anrong perlu menjaga Zuhua seperti memandikannya, memotong rambut, membersihkan tempat tinggal dan memberi makanan dengan menggunakan duit pencennya bulanan 166.57 yuan (RM78) sebulan.

Namun, selepas dirantai selama 23 tahun, Zuhua tidak mampu berjalan dengan baik kerana otot kakinya jarang bergerak.

Ibu, rantai, anak, lelaki, tahun, CHONGQING, mengikat, anak, lelaki, sakit, mental, rantai, keadaan, bogel, dalam, sebuah, bangsal, buruk, sini sejak, tahun, lalu, Xiao Anrong, berusia tahun, Tang Zuhua, berumur, meninggal, dunia, dia, merantai, anak, demi kebaikan, anaknya, mengoyakkan, pakaian, membahayakan, dirinya, sendiri, dirantai, jiran, jirannya, mendermakan, makanan, Anaknya, tidur, atas, lantai, ibunya, membeli, jerami, alas, tidur, Anrong, baling,rumah, Anrong, Zuhua, memandikannya, memotong rambut, membersihkan, duit, pencennya, bulanan,Zuhua, berjalan, otot, kakinya, jarang, bergerak

‘Tuah’ selamatkan Arsenal

‘Tuah’ selamatkan Arsenal

LONDON: Arsenal terselamat daripada aksi buruk benteng pertahanannya dengan kemenangan 2-1 ke atas Olympiakos apabila Alex Oxlade-Chamberlain mengumumkan ketibaannya pada pentas saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan satu jaringan cantik di Stadium Emirates, kelmarin.

Pengurus Gunners, Arsene Wenger membayar £10 juta (RM49.89 juta) untuk menandatangani Oxlade-Chamberlain dari Southampton ketika tamat musim lalu walaupun pemain sayap 18 tahun itu hanya mempunyai setahun pengalaman beraksi di Liga Satu.

Ia satu langkah peningkatan yang besar, tetapi saya mahu bermain pada tahap tertinggi dan saya mempunyai banyak masa lagi untuk bermain dalam Liga Juara-Juara. – Alex Oxlade-Chamberlain, Bintang baru Arsenal
“Ia benar-benar satu pengalaman yang bagus,” kata Oxlade-Chamberlain selepas menjadi pemain Inggeris termuda menjaringkan gol dalam saingan Liga Juara-Juara.

“Ia satu langkah peningkatan yang besar, tetapi saya mahu bermain pada tahap tertinggi dan saya mempunyai banyak masa lagi untuk bermain dalam Liga Juara-Juara.”

Ia satu lompatan besar daripada saingan tahap ketiga bola sepak Inggeris kepada kejohanan elit kelab Eropah itu, tetapi Oxlade-Chamberlain tidak menunjukkan sebarang tanda kekurangan pengalaman apabila dia menandakan kemunculannya dalam Liga Juara-Juara dengan satu jaringan cantik pada babak pertama.

Keputusan itu pasti menyedarkan Wenger bahawa masih banyak perlu ditingkatkan, namun pasukannya kekal fokus untuk layak ke kelompok 16 terakhir selepas mengumpul empat mata daripada dua perlawanan awal Kumpulan F.

Arsenal, terselamat, aksi, buruk, benteng, pertahanannya, kemenangan, atas, Olympiakos, apabila, Alex, Oxlade-Chamber, mengumumkan, ketibaannya, pentas, saingan, Liga, Juara-Juara, Eropah, jaringan, cantik, Stadium Emirates, kelmarin, Pengurus, Gunners, Arsene Wenger, membayar, juta, menandatangani, Oxlade-Chamberlain, Southampton, ketika, tamat, musim, lalu, walaupun, pemain, sayap, mempunyai, setahun, pengalaman, beraksi, Liga, Satu

Gunners harus menang

Gunners harus menang

LONDON – Arsene Wenger berkata Arsenal tidak boleh mengulangi persembahan buruk apabila berdepan Blackburn di Ewood Park, hari ini.

Gunners bangkit daripada kekalahan memalukan 2-8 kepada Manchester United dengan mencatat kemenangan pertama ke atas Swansea.

Namun, kemenangan tipis selepas empat perlawanan masih belum menyakinkan dan Wenger mengakui mereka perlu lebih konsisten jika mahu memburu kejuaraan musim ini.

“Kami perlu menukar keadaan yang kami lalui sekarang dengan mencatatkan keputusan konsisten dalam setiap perlawanan.

“Dalam pasukan, kami berasakan berada pada landasan yang betul dengan semangat berpasukan yang begitu tinggi dan kuat.

“Kami mahu menukar pandangan skeptikal orang ramai terhadap kami, tetapi ia hanya mampu diatasi dengan mencatat keputusan yang konsisten.

“Kami mesti mendapatkan kemenangan kerana kami berada dalam persekitaran di kalangan mereka yang kerap bertanyakan soalan mengapa kami tidak menang,” katanya.

Pemain tengah, Aaron Ramsey masih belum pasti dapat diturunkan sementara Thomas Vermaelen, Jack Wilshere dan Abou Diaby masih memerlukan beberapa minggu lagi sebelum dapat kembali beraksi.

Gunners, harus, menang, LONDON, Arsene Wenger, Arsenal, mengulangi, persembahan, buruk, berdepan, Blackburn, Ewood Park, hari, ini, Gunners, bangkit, kekalahan, memalukan, Manchester, United,  mencatat, kemenangan, pertama, Swansea, kemenangan, tipis, empat, perlawanan, menyakinkan, Wenger, mereka, konsisten, memburu, kejuaraan, musim, Kami, menukar, keadaan, sekarang, mencatatkan, konsisten, perlawanan, Pemain, tengah, Aaron Ramsey, Thomas, Vermaelen, Jack Wilshere, Abou Diaby, minggu, kembali, beraksi