Tag Archives: Bolt ikut baru

Bolt ikut jejak Lewis

Bolt ikut jejak Lewis

MIAMI – Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt yakin dia mampu bersaing dalam acara 400 meter atau lompat jauh pada Kejohanan Dunia 2013 di Moscow, Rusia.

Bolt memberitahu, dia berhasrat mengikut jejak langkah bekas jaguh olahraga Amerika Syarikat, Carl Lewis yang bukan sahaja mengungguli acara pecut, malah mendominasi acara lompat jauh pada zaman kegemilangannya.

Justeru, Bolt berkata, jika dia berjaya mempertahankan gelaran dalam acara 100 dan 200 meter pada Sukan Olimpik 2012 di London, dia mungkin akan mencuba nasib dalam acara lain.

“Sasaran saya ialah untuk mempertahankan gelaran juara dalam kedua-dua acara itu (100 dan 200m) pada Sukan Olimpik 2012.

“Saya perlu fokus dalam kedua-dua acara tersebut dan selepas Olimpik di London, saya akan membuat keputusan jika saya perlu beraksi dalam acara lain pula,” jelasnya.

Bolt kini sedang berehat kerana masih belum pulih daripada kecederaan belakang.

“Saya rasa mampu untuk menjadi atlet lompat jauh yang bagus. Saya tidak tahu apa pandangan jurulatih saya (Glen Mills) kerana dia mungkin mahu saya mencuba dalam acara 400m sahaja,” kata Bolt.

Mills percaya Bolt mampu mencipta kejayaan dalam acara 400m selepas dia mencatat rekod dunia dalam acara 100 dan 200m pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China.

“Ramai orang menganggap saya mampu beraksi dengan baik dalam 400m dan jika mereka mahu saya mencuba, saya akan cuba dan lihat apa yang berlaku.

“Saya akan dengar pandangan daripada jurulatih saya kerana dia merupakan sumber inspirasi saya selama ini,” ujar Bolt lagi.

Bolt ikut, Bolt ikut kini, Bolt ikut terkini, Bolt ikut terbaru, Bolt ikut baru, Bolt ikut skandal, gambar Bolt ikut, foto Bolt ikut, video Bolt ikut, biodata Bolt ikut, biografi Bolt ikut, sejarah Bolt ikut, web Bolt ikut, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia