Tag Archives: berita eropah

Masjidilharam dibesarkan lagi

Masjidilharam dibesarkan lagi

JEDDAH 22 Ogos – Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah merasmikan pelancaran projek pembesaran Masjidilharam yang menelan kos AS$10.6 bilion (RM31.8 bilion), Jumaat lalu.

Projek itu bertujuan untuk membolehkan kompleks tersebut menampung kira-kira dua juta jemaah pada satu-satu masa, lapor akhbar Asharq al-Awsat.

Kira-kira 10,000 pekerja sedang bekerja siang dan malam di tapak seluas 400,000 meter persegi itu.

Projek tersebut melibatkan binaan tambahan berbilang tingkat di bahagian utara kompleks berkenaan, serta tangga dan terowong untuk memudahkan laluan jemaah ke masjid itu.

Masjidilharam telah diperbesarkan pada pertengahan 1980-an tetapi bilangan jemaah yang semakin bertambah bermakna satu lagi projek pembesaran diperlukan.

Lewat Jumaat lalu, Abdullah turut merasmikan Menara Jam Diraja Mekah setinggi 601 meter, mercu tanda terbaru yang membantu jemaah di tempat-tempat suci lain mengenal pasti kedudukan Masjidilharam.

Menara jam itu ialah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa, pencakar langit 828 meter yang dirasmikan di Dubai pada awal tahun lepas.

Masjidilharam, berita dunia, berita sukan, berita terkini, berita asia, berita tv, berita baru, berita foto, berita gambar, berita malaysia, berita eropah, berita web, berita kini, berita kini, berita politik, berita video, Pemimpin, Arab Saudi, Raja Abdullah, merasmikan, pelancaran, projek, pembesaran, menelan, kos, bilion, Jumaat, Burj Khalifa, kompleks, dua juta, jemaah, Asharq, al-Awsat, Menara jam, pencakar langit, mercu, terbaru, menelan, kos, malam, persegi, juta

Taufan landa Jepun

Taufan landa Jepun

TOKYO – Taufan kuat melanda Jepun semalam sekali gus menyebabkan hujan lebat di bandar raya ini selain menyebabkan pengangkutan awam terjejas.

Seramai empat orang mati semasa taufan Roke melanda negara ini.

Taufan itu kini melanda kawasan yang menempatkan loji nuklear Fukushima di timur laut Jepun yang rosak selepas dilanda ombal tsunami pada 11 Mac lalu.

Ia yang merupakan taufan kedua terbesar melanda Jepun pada bulan ini.

Taufan itu bergerak selaju 220 kilometer sejam dan menurunkan hujan lebih 40 sentimeter di bahagian timur dan barat Jepun sejak 24 jam lalu.

Bekalan elektrik untuk lebih 575,500 penduduk yang dibekalkan oleh syarikat Tokyo Electric turut terputus.

Taufan itu menyebabkan perkhidmatan kereta api terhenti di sekitar Tokyo mengakibatkan ribuan penumpang terkandas semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Stesen penyiaran NHK menyatakan kira-kira 450 penerbangan terpaksa dibatalkan.

Perkhidmatan Kereta Api Tengah Jepun menyatakan, beberapa perkhidmatan kereta laju juga digantung.

Syarikat Toyota menyatakan pihaknya merancang untuk menutup sebanyak 11 buah kilang di tengah Jepun dan menghentikan kerja pada waktu malam.

Sebuah lagi syarikat kereta Nissan menghentikan perkhidmatan di dua buah kilangnya.

Taufan, landa, Jepun, kuat, melanda, hujan, lebat, bandar, raya, menyebabkan, pengangkutan, awam, terjejas, Seramai, empat, orang, mati, taufan, Roke, melanda, negara, kawasan, menempatkan, loji, nuklear, Fukushima, timur, laut, rosak, landa, ombal, tsunami, pada, Mac, kilometer, sejam, berita eropah, berita dunia, berita asia, berita terkini, berita negara asia, foto berita, gambar berita, berita malaysia, berita penting, berita baru, berita politik, berita skandal, berita kini, berita kl, berita majalah, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita jepun

Mancini yakin juarai kumpulan

Mancini yakin juarai kumpulan

Mancini yakin juarai kumpulan MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Roberto Mancini tetap yakin skuadnya mampu menjuarai saingan peringkat kumpulan selepas mencatatkan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Villarreal di Stadium Etihad, iaitu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara.

City memerlukan gol melalui pemain gantian Sergio Aguero pada minit terakhir masa kecederaan bagi meraih kemenangan.

Keputusan semalam juga memastikan mereka masih berpeluang memberi saingan kepada pendahulu kumpulan, Bayern Munich dan Napoli yang berada pada tangga kedua. “Tempat pertama dalam kumpulan masih terbuka buat semua pasukan.

Saya harap kemenangan ini memberikan kesan dalam mengharungi kejohanan ini. “Kami akan ke Villarreal dalam masa 15 hari lagi, mereka adalah sebuah pasukan yang baik dan mampu mempamerkan aksi bola sepak yang berkualiti.

“Selepas itu, perlawanan di Naples berdepan Napoli saya anggap antara perlawanan terpenting. Saya tidak tahu bagaimana situasi kami kerana pada masa ini masih terbuka antara tiga pasukan, ” kata Mancini.

Mancini, yakin, juarai, kumpulan, Mancini, juarai, kumpulan, MANCHESTER, Pengurus Manchester, City, Roberto Mancini, menjuarai, saingan, peringkat, kumpulan, mencatatkan, kemenangan, dramatik, Villarreal, Stadium Etihad, kemenangan, pertama, Liga Juara-Juara, berita sukan, berita bolasepak, berita eropah, berita terkini, berita antarabangsa, berita harian, berita dunia