Tag Archives: Barrichello baru

Barrichello selar Schumacher

Barrichello selar Schumacher

LONDON – Persengketaan antara pemandu Williams, Rubens Barrichello dan pemandu Mercedes GP, Michael Schumacher masih berlarutan.

Terbaru, Barrichello mendedahkan bahawa Schumacher tidak meminta maaf kepadanya secara peribadi selepas bekas juara dunia itu hampir menyebabkan dia hampir terbabas pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Hungary awal bulan ini.

Ekoran insiden tersebut, Schumacher dihujani dengan kritikan sehingga dia dikenakan hukuman penalti 10 petak ke belakang pada GP Belgium hujung bulan ini.

“Kehidupan ini berkisarkan kepada rasa hormat dan kemaafan antara satu sama lain,” kata Barri- chello yang pernah bergandingan bersama Schumacher dalam pasukan Ferrari.

“Saya mendapat tahu, dia (Schu- macher) hanya mengeluarkan kenyataan maaf menerusi pihak media. Saya tidak menerima sebarang panggilan telefon daripadanya.

“Saya mempunyai pandangan sendiri atas insiden itu tetapi saya hanya akan berdiam diri. Kita tidak boleh terus menurutkan kemarahan terhadap satu sama lain di atas trek kerana ia mungkin akan berakhir dengan pergaduhan.”

Pada GP Hungary lalu, Schuma- cher hampir menyebabkan Barrichello hampir melanggar dinding litar ketika dia cuba memintas pemandu veteran Williams itu.

Mengulas lanjut, Barrichello berkata, dia mungkin akan melakukan pendekatan lain sekiranya berada dalam situasi seperti Schumacher.

“Saya mahu dia berdepan dengan kesukaran jika mahu memintas saya kerana sudah jelas saya tidak akan membiarkan dia melepasi saya.

“Tetapi sudah tentu saya tidak mahu membahayakan dirinya. Jika dia berasa demikian, saya minta maaf kerana itu bukan niat saya.”

Bagaimanapun, pemandu berusia 38 tahun itu mengakui, tidak berlaku sebarang pergaduhan antara dia dan Schumacher.

“Saya menghormatinya (Schuma- cher) atas kejayaannya selama ini tetapi saya tidak berminat lagi untuk menganggapnya sebagai kawan,” jelasnya

Barrichello, Barrichello kini, Barrichello terkini, Barrichello terbaru, Barrichello baru, Barrichello skandal, gambar Barrichello, foto Barrichello, video Barrichello, biodata Barrichello, biografi Barrichello, sejarah Barrichello, web Barrichello, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia