Tag Archives: baharu

Pasaran saham dunia menjunam

Pasaran saham dunia menjunam

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Pasaran saham antarabangsa menjunam sejak kelmarin sekali gus kejatuhan terbesar sejak dunia dilanda krisis kewangan yang teruk tiga tahun lalu.

Perkembangan tersebut menyebabkan suasana panik menular di pusat-pusat kewangan global dan mencetuskan kebimbangan bahawa kemelesetan dunia baharu akan berlaku.

Setakat kelmarin, indeks FTSE Britain yang merupakan antara bursa saham utama dunia, mencatat kejatuhan sebanyak £50 bilion (RM245 bilion) dengan kerugian keseluruhan sejak seminggu lalu mencecah £125 bilion (RM612.4 bilion).

Nasib sama menimpa indeks Dow Jones di AS kelmarin apabila ia menyusut sebanyak 4.31 peratus iaitu yang terbesar sejak 2008 dan kejatuhan kesembilan dalam tempoh cuma 10 hari.

Kejatuhan bursa-bursa saham utama dunia itu didorong kegagalan para pemimpin Eropah dalam menangani krisis hutang beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) yang menyebabkan mata wang Euro lumpuh.

Terdapat juga kebimbangan bahawa ekonomi gergasi AS akan mengalami kemelesetan yang akan membawa kepada kemelesetan ekonomi di seluruh dunia.

“Kita melihat para pelabur kini hilang keyakinan dalam ekonomi semasa, hilang keyakinan dalam pasaran,” kata seorang pakar ekonomi AS, Hugh Johnson.

Selain tanda-tanda ekonomi AS dan global semakin lemah, petanda negatif turut membabitkan Sepanyol dan Itali apabila nilai bon kedua-kedua negara merosot dengan teruk.

Perkembangan itu dibimbangi akan menyebabkan ekonomi Itali dan Sepanyol di ambang muflis seperti yang berlaku kepada tiga negara EU sebelum ini iaitu Greece, Ireland dan Portugal.

Sementara itu, pasaran saham Asia turut menjunam teruk semalam susulan kejatuhan yang dialami bursa-bursa saham AS dan Eropah.

Bursa saham Taipei mengalami kejatuhan terbesar semalam iaitu sebanyak 5.58 peratus atau 464.14 mata atau diikuti bursa Sydney sebanyak 4 peratus atau 171.1 mata manakala bursa Tokyo dan Shanghai masing-masing merosot 3.72 peratus dan 1.68 peratus.

Pasaran saham kini, Pasaran saham terkini, Pasaran saham asia, Pasaran saham baru, Pasaran saham berita, Pasaran saham antarabangsa, Pasaran saham malaysia, Pasaran saham dunia, Pasaran saham foto, Pasaran saham gambar, Pasaran saham indon, Pasaran saham indonesia, Pasaran saham asia, Pasaran saham kl, Pasaran saham malaysia, Pasaran saham melayu, Pasaran saham galeri, Pasaran saham web, Pasaran saham online, Amerika Syarikat, Pasaran, saham, antarabangsa, menjunam, sejak, kelmarin, sekali, sejak, dunia, dilanda, krisis, kewangan, Perkembangan, kewangan, global, mencetuskan, kebimbangan, bahawa kemelesetan, dunia, baharu, akan, berlaku, Kejatuhan, bursa, saham

David Beckham ada kereta Ferrari baharu

David Beckham ada kereta Ferrari baharu

LOS ANGELES – Bintang bola sepak England yang bermain untuk kelab LA Galaxy, David Beckham (gambar kecil) mempunyai koleksi kereta terbaharunya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta baharu Beckham itu merupakan Ferrari 612 Scaglietti yang berharga AS$300,000 (RM894,294.01), berwarna hitam dan mempunyai nombor 7.

Nombor itu pernah digunakan oleh Beckham semasa dia mewakili kelab Manchester United.

Kereta baharu itu dilihat diletakkan di luar rumah Beckham di sini baru-baru ini.

Sejak dilancarkan pada 2004, kereta Ferrari itu mempunyai sistem navigasi satelit, alat pemain muzik MP3, mengenali suara pemilik dan teknologi wayarles.

Sebelum ini, Beckham memiliki satu koleksi kenderaan yang terdiri daripada sebuah kereta BMW, Lamborghini, Aston Martin, Porsche, Escalade, sebuah jip dan beberapa motosikal.

Beckham ada, Beckham ada berita, Beckham ada kini, Beckham ada dunia, Beckham ada foto, Beckham ada gambar, Beckham ada bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beckham, kereta, dunia, ferrari, baharu, david, david beckham, kereta ferrari, beckham kereta, ferrari baharu, Bintang, bola sepak, England, kelab, LA Galaxy, David Beckham, mempunyai, koleksi, kereta, terbaharunya, Kereta, baharu, Beckham, itu merupakan, Ferrari, 612 Scaglietti, yang berharga, berwarna, hitam, nombor

Madonna bercuti bersama kekasih muda di Perancis

Madonna bercuti bersama kekasih muda di Perancis

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Kekasih baharu Madonna, Brahim Zaobat sudah diterima sebagai sebahagian keluarga penyanyi itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Tanggapan penerimaan tersebut dibuat ekoran Madonna yang berusia 53 tahun keluar bercuti dengan anak-anaknya bersama kekasihnya itu yang hanya berumur 24 tahun.

Madonna dan Brahim juga bermain jet ski di Antibes, Perancis.

Empat anak Madonna iaitu Lourdes, 15, Rocca, 10, David, 5 dan Mercy, 4, menyertai percutian ibu mereka itu.

Beberapa laporan baru-baru ini mendakwa penyanyi lagu Ray of Light itu sedang mabuk cinta dengan Brahim yang merupakan seorang penari Perancis.

“Dia bangga dengan Brahim dan merasakan tidak perlu menyembunyikan hubungan cinta mereka,” kata sumber yang rapat dengan Madonna kepada majalah hiburan Star Magazine.

“Madonna tidak pernah dilamun cinta seperti ini sejak bertahun-tahun dahulu. Selepas hampir setahun bersama, dia mahu memperakukan Brahim sebagai teman lelakinya,” jelas sumber yang sama.

Madonna, bercuti, bersama, kekasih, muda, Perancis, Kekasih, baharu, Madonna, Brahim Zaobat,  keluarga, penyanyi, Tanggapan, penerimaan, Madonna, bercuti, kekasihnya, berumur, tahun, Madonna  bermain, jet, ski, Antibes, Perancis, Empat, anak, Lourdes, Rocca, David, Mercy, percutian, ibu, mereka, penyanyi, lagu, Ray Light, mabuk, cinta, Brahim, seorang, penari, Perancis, berita dunia, berita sukan, berita asia, berita asia, berita ekonomi, berita eropah, berita web, berita antarabangsa