Tag Archives: asafa powell

Usain Bolt sengaja elak jumpa Tyson Gay

su_10.1

Usain Bolt sengaja elak jumpa Tyson Gay

BRUSSELS – Pemenang tiga pingat emas Kejohanan Olahraga Dunia, Usain Bolt mengesahkan tidak akan menentang pencabarnya, Tyson Gay dalam acara 100 meter pada Kejohanan Liga Emas yang bermula hari ini.

Pada kejohanan di Berlin bulan lalu, Bolt mencatat rekod baru dunia dengan catatan 9.58 saat ketika menewaskan Gay. Dia juga mengungguli acara 200m, juga dengan catatan rekod baru dunia 19.19s.

Begitupun, ketiadaan Bolt pada aksi Liga Emas kali ini bakal menyaksikan Gay akan menentang bekas pemegang rekod dunia yang juga rakan senegara Bolt dari Jamaica, Asafa Powell.

“Saya telah beraksi dalam banyak perlumbaan 100m musim ini dan sebab itulah jurulatih saya memutus- kan agar saya hanya beraksi dalam acara 200m di Brussels,” jelas Bolt yang turut akan beraksi dalam acara itu pada Kejohanan Akhir Olahraga Dunia di Thessaloniki, Greece pertengahan bulan ini.

“Sejak berakhirnya Kejohanan Dunia, saya hanya mempunyai dua minggu untuk kembali kepada prestasi sedia ada. Kini saya semakin baik dan saya harap saya dapat beraksi dengan baik di Zurich nanti.”

Dalam pada itu, pemburuan hadiah wang tunai AS$1 juta (RM3.5 juta) pada saingan Liga Emas musim ini bakal menjadi rebutan tiga atlet.

Juara dunia dan Sukan Olimpik, Kenenisa Bekele akan beraksi dalam acara 5,000m dan menjadi pilihan untuk memenangi hadiah utama itu selepas dia memenangi kesemua perlumbaan tahun ini.

Turut menjadi perhatian ialah jaguh Amerika Syarikat, Sanya Richards yang akan beraksi dalam acara 400m wanita. Begitupun, Richards bakal berdepan pencabar utamanya dari Britain, Christine Ohuruogu.

Ratu lompat bergalah Rusia, Yelena Isinbayeva juga berada dalam senarai calon walaupun pemegang rekod dunia itu gagal memenangi sebarang pingat pada Kejohanan Dunia di Berlin bulan lalu.

bolt, bolt kini, bolt terkini, bolt terbaru, bolt baru, bolt skandal, gambar bolt, foto bolt, video bolt, biodata bolt, biografi bolt, sejarah bolt, web bolt, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Bolt, Usain Bolt

Powell kritik pelari British pemalas

mainpix

Powell kritik pelari British pemalas

LONDON: Bekas pemegang rekod dunia 100 meter lelaki, Asafa Powell menyelar pelari pecut British sebagai pemalas dan berkata mereka tidak mungkin dapat mengatasi pelari terbaik dunia.
Jaguh pecut Jamaica itu berkata, pelari British mungkin kekurangan motivasi untuk berjaya disebabkan cara hidup mereka yang sudahpun terlalu selesa.

“Saya sudah berkata sejak beberapa tahun lalu bahawa pelari pecut British adalah pemalas dan tidak mahu menjalani latihan,” kata Powell. “Mungkin kerana sudah terlalu selesa. Di Jamaica, anda perlu bekerja keras untuk apa yang anda inginkan.

“Kami mempunyai pemikiran berbeza. Anda perlu menjadikan ia sebagai satu pekerjaan kerana anda tidak mendapat apa-apa pendapatan di tempat lain. Anda perlu berusaha keras dan mencipta sesuatu untuk diri sendiri.”

Powell akan berdepan pemenang tiga pingat emas Sukan Olimpik, Usain Bolt di Grand Prix London, hujung minggu ini sebelum Kejohanan Dunia di Berlin, bulan depan.

Perlumbaan tumpuan itu akan turut menampilkan pelari pecut meningkat naik Britain, Simeon Williamson, yang mengalahkan rakan senegara, Dwain Chambers pada ujian kejohanan tempatan, awal bulan ini.

Powell,Powell berita, Powell kini, Powell dunia, Powell asia,Powell malaysia, Powell melayu, Powell indon, Powell indonesia, Powell kl, Powell foto, Powell gambar, Minyak bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1

Larian Blake makin pantas

Larian Blake makin pantas

ZURICH – Jaguh pecut Jamaica, Yohan Blake yang baru-baru ini dinobatkan sebagai juara dunia acara 100 meter, sekali lagi meraih kemenangan apabila mencatatkan masa peribadi terbaik 9.82 saat pada Kejohanan Olahraga Liga Berlian Zurich kelmarin.

Blake, 21, memenangi pingat emas pada Kejohanan Olahraga Dunia di Daegu, Korea Selatan baru-baru ini dengan catatan masa 9.92 saat berikutan pemegang rekod dunia, Usain Bolt gagal mempertahankan gelaran apabila penyertaannya dibatalkan kerana memulakan larian lebih awal.

Pada saingan di Zurich kelmarin, dia menewaskan rakan senegaranya, Asafa Powell yang ketinggalan 0.13 saat dan atlet Amerika, Walter Dix (10.04).

Bolt tidak menyertai kejohanan di Zurich itu.

“Saya tidak terkejut dengan kemenangan ini. Saya sudah menjangkakannya selepas melalui detik paling istimewa di Daegu,” kata Blake.

“Usain Bolt menyatakan bahawa saya akan menang pada kejohanan ini dan saya berjaya melakukannya dengan lebih baik iaitu 10 saat lebih pantas.

“Ia memberikan impak yang lebih bagus untuk saya ke kejohanan lain selepas ini. Saya tidak sabar untuk ke Sukan Olimpik tahun hadapan.”

Sementara itu, atlet remaja dari Grena- da, Kirani James juga berjaya mencatat- kan masa peribadi terbaik iaitu 44.36 saat dalam acara 400 meter lelaki.

Kejayaan tersebut mengukuhkan lagi reputasinya selepas memegang gelaran juara dunia baru-baru ini.

“Larian saya sungguh sempurna. Ia lebih baik berbanding larian saya pada kejo- hanan dunia di Daegu sebab itu saya ber- jaya mencatatkan masa peribadi yang terbaik. Ini merupakan musim yang hebat,” kata James.

Bintang Cuba, Dayron Robles pula menjuarai acara 110 meter lari berpagar dengan 13.01 saat, menewaskan juara dunia, Jason Richardson.

“Saya rasa sangat gembira, ia merupakan satu kepuasan selepas apa yang berlaku di Daegu,” kata Robles.

Sementara itu, bagi kategori wanita pula, juara dunia dari Australia, Sally Pear- son sekali lagi memenangi acara 100 meter lari berpagar dengan catatan masa 12.52 saat mendahului atlet AS, Dawn Harper (12.81) dan atlet Kanada, Phylicia George (12.84).

Juara dunia 100 meter, Carmelita Jeter pula menguasai acara 200 meter dengan catatan masa 22.47 saat.

Larian, Blake, makin, pantas, Jaguh, pecut, Jamaica, Yohan Blake, juara, dunia, acara, meter,  meraih, kemenangan, masa, peribadi, terbaik, Kejohanan, Olahraga, Liga, Berlian, Zurich, kelmarin, Zurich, Asafa Powell, ketinggalan, atlet, Amerika, Walter Dixberita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita jalan, berita kasa, berita kawan, berita kini, berita kl, berita majalah, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita terkini, berita tv, berita web, berita baru, berita sukan