Tag Archives: artis

Hamilton anggap Button pencabar

Hamilton anggap Button pencabar

LONDON – Pemandu McLaren, Lewis Hamilton berasa gembira dengan cabaran sengit diberikan Jenson Button meskipun dia tewas kepada rakan sepasukannya itu pada perlumbaan Grand Prix (GP) Hungary, Ahad lalu.

Bukan kali pertama untuk musim ini, Hamilton dan Button bersaing hebat sesama sendiri bagi merebut kemenangan tetapi kali ini ia tidak berakhir seperti GP Kanada apabila kedua- dua mereka berjaya menamatkan perlumbaan.

Selepas bertukar posisi tidak kurang daripada empat kali, Hamilton dan But- ton berlumba secara sengit untuk mendahului perlumbaan di Litar Budapest, Hungary sebelum akhirnya Hamilton terpaksa mengalah kerana mengalami masalah pada tayar jenteranya.

Button muncul juara, manakala Hamilton sekadar menamatkan saingan di tempat keempat di belakang pemandu Red Bull, Sebastian Vettel dan Fernando Alonso dari Ferrari.

Namun bagi Hamilton, dia tidak berasa sedih atau terkilan, sebaliknya tetap gembira kerana Button berjaya menjulang nama McLaren dengan muncul juara pada perlumbaan tersebut.

“Dia (Button) merupakan rakan sepasukan yang cukup hebat dan sememangnya seorang pemandu yang bagus.

“Dia memandu dengan baik pada perlumbaan yang cukup hebat (di Litar Budapest) dan memang layak untuk memenanginya.

“Kami menekan satu sama lain sepanjang perlumbaan dan itu sesuatu yang sentiasa kami harap dan mahu lakukan pada setiap perlumbaan.

“F1 sememangnya sukan yang memerlukan kita memaksa diri bagi mencapai had maksimum.

“Mempunyai rakan sepasukan yang mampu memberi saingan hebat adalah sebahagian daripadanya,” kata Hamilton.

Hamilton, biografi Hamilton, dunia, foto, gambar, harian, indon, indonesia, juga, kata, kini, kl, maju, malaysia, mampu, mara, melayu, menang, rasa, Hamilton  berita , Hamilton  gambar Hamilton  antarabangsa,  artis, Hamilton  asia, Hamilton awas, Hamilton baru, Hamilton, Hamilton biodata, Hamilton biografi, Hamilton bulan, Hamilton dunia, Hamilton  foto, Hamilton gambar, Pemandu, McLaren, Lewis, Hamilton, berasa, gembira, Jenson, Button, perlumbaan, Grand, Prix, Hungary, Bukan, kali, pertama, musim, ini, Hamilton, Button, GP, Kanada, Sebastian Vettel, Hamilton sukan

China haramkan lagu Lady Gaga

China haramkan lagu Lady Gaga

BEIJING 25 Ogos – China mengharamkan laman web daripada memaparkan 100 lagu daripada artis terkemuka seperti Lady Gaga dan Backstreet Boys, kata kenyataan dalam laman web Kementerian Kebudayaan republik komunis itu.

Kementerian itu berkata, ia bertujuan untuk mengawal ‘peraturan’ pasaran muzik di Internet, dan lagu-lagu ‘yang memudaratkan budaya di negara itu mesti dibersihkan serta dikawal di bawah undang-undang’.

Notis tersebut yang diterbitkan pada 19 Ogos lalu dan dipamerkan dalam laman web kementerian, menyenaraikan lagu nyanyian Lady Gada iaitu The Edge of Glory, Hair, Marry the Night dan Bloody Mary.

Kenyataan itu tidak menjelaskan faktor lagu-lagu terbabit diharamkan namun kebiasaannya China menapis sebarang perkara yang dianggap menyentuh sensitiviti politik.

Lirik terakhir lagu Bloody Mary mengandungi ayat ‘Oh liberdade, mi amor’ (Oh kebebasan, cintaku), dan lagu Hair dengan lirik ‘This is my prayer, That I’ll die living just as free as my hair’ (Ini doaku, Aku akan hidup dan mati dengan bebas seperti rambutku).

Turut disenarai hitamkan oleh kerajaan China ialah lagu daripada kumpulan terkenal Backstreet Boys; penyanyi R&B, Beyonce; kumpulan muzik dari Kanada, Simple Plan dan kumpulan pop Britain, Take That.

Lagu artis Asia yang diharamkan termasuklah penyanyi Taiwan, Zhang Hui-mei yang sebelum ini menghina kerajaan Beijing selepas menyanyikan lagu kebangsaan Taiwan semasa pelantikan bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian pada 2000.

China, yang menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya, mengharamkan Hui-mei buat sementara waktu daripada membuat persembahan di Tanah Besar dan membatalkan semula iklan produknya.

Pihak berkuasa dilaporkan turut mengharamkan beberapa kumpulan muzik dari luar negara untuk membuat persembahan secara langsung di China, atau meneliti terlebih dahulu senarai lagu bagi mengetepikan lagu yang dianggap sensitif.

Sekatan sedemikian semakin ketat dikenakan terhadap persembahan artis dari luar negara selepas penyanyi Iceland, Bjork menjerit ‘Tibet!’ ketika selesai menyanyikan lagunya, Declare Independence pada pertunjukan Shanghai 2008.

Sejak 2010, China mengkehendaki semua lagu yang dimasukkan dalam laman web muzik supaya mendapat kelulusan terlebih dahulu, sebagai sebahagian langkah untuk menghapuskan kegiatan cetak rompak.

China, haramkan, lagu, Lady, Gaga, China, mengharamkan, laman, web, memaparkan, lagu, artis, terkemuka, Lady Gaga, Backstreet Boys, kenyataan, laman, web, Kementerian, Kebudayaan, republik, komunis, Kementerian, bertujuan, mengawal, ‘peraturan’ pasaran, muzik, Internet, lagu-lagu, memudaratkan, budaya, negara, bersihkan, bawah, undang-undang, The, Edge, Glory, Hair, Marry, Night, Bloody, Mary

City mahu keluar dari dibayangi United

City mahu keluar dari dibayangi United

LONDON – Manchester City sedia keluar dari bayangan pasukan jirannya, Man. United apabila Liga Perdana Inggeris (EPL) membuka tirai minggu hadapan.

City memenangi kejuaraan liga pada 1968, pada tahun yang sama United pertama kali memenangi kejuaraan Eropah dan ketika ini Red Devils telah meraih 19 kejuaraan EPL, 12 daripadanya di bawah kendalian Alex Ferguson.

Dianggap pasukan yang suka mengganggu jirannya oleh Ferguson, skuad Roberto Mancini dan naib juara EPL musim lalu, Chelsea merupakan pencabar utama United musim ini.

“Kami memang menjangkakan cabaran hebat daripada dua kelab ini, ” kata Ferguson.

City menunjukkan peningkatan apabila menduduki tangga ketiga EPL dan layak ke Liga Juara-Juara, sehingga menarik pemain berkelas dunia ke Eastlands.

Penyerang Argentina, Sergio Aguero menjadi pemain terbaru yang menyertai skuad revolusi di City.

Kehadirannya dari Atletico Madrid menjadi berita perpindahan paling hangat sepanjang tempoh perpindahan pemain.

Chelsea memulakan era baru di bawah kendalian jurulatih dari Portugal, Andre Villas-Boas, kerusi panas dalam bola sepak Eropah kerana sebarang kegagalan meraih trofi akan membuatkan pemilik kelab, Roman Abramovich hanya memikirkan soal pencarian pengurus baru.

City, biografi City, dunia, foto, gambar, harian, indon, indonesia, juga, kata, kini, kl, maju, malaysia, mampu, mara, melayu, menang, rasa, City  berita , City  gambar City  antarabangsa,  artis, City  asia, City awas, City baru, City, City biodata, City biografi, City biodata, City dunia, City  foto, City gambar, Manchester City, sedia, pasukan, jirannya, Man. United, apabila, Liga, Perdana Inggeris, (EPL) tirai, minggu, hadapan, City, memenangi, kejuaraan, liga, tahun, sama United, kejuaraan Eropah, Red Devils, kejuaraan, EPL, Alex Ferguson, city, Chelsea, eropah