Tag Archives: arahan

Azian mahu tebus kekecewaan di Korat

su_07.1

Azian mahu tebus kekecewaan di Korat

ATLET lumba basikal lebuh raya wanita negara, Noor Azian Alias yakin dapat memenuhi sasaran untuk membawa pulang satu pingat emas dalam acara kegemarannya itu pada temasya Sukan SEA di Vientiane, Laos, Disember depan.

Noor Azian, 29, berkata, misi untuk memperoleh kemenangan di Laos nampak lebih mudah berbanding dengan edisi di Korat, Thailand kerana laluan perlumbaan kali ini lebih rata dan tidak berbukit.

“Semua pelumba yang menyertai kejohanan pasti mahukan kemenangan, begitu juga dengan saya dan saya tidak mahu kecewakan harapan yang diberikan oleh jurulatih dan pasukan,” katanya semalam.

Pelumba berasal dari Johor itu berkata, dia akan berusaha bersungguh- sungguh bagi memastikan impiannya untuk mengulangi kejayaan di Sukan SEA Manila, Filipina pada 2005 menjadi kenyataan.

“Saya akan memberi sepenuh perhatian kepada latihan dan akan menurut apa sahaja arahan jurulatih bagi membina kekuatan fizikal dan mental sebelum ber- aksi pada temasya dwitahunan itu,” kata- nya.

Ketika di Sukan SEA Korat dua tahun lepas, Noor Azian sekadar menduduki tempat kesembilan kerana mengalami demam pada hari kejohanan dan keke- cewaan itu yang mahu beliau tebus di Laos kelak.

Noor Azian berkata, walaupun baru sahaja menyertai Kejuaraan Berbasikal Asia (ACC) di Kalimantan, Indonesia pada bulan lepas, dia bersama empat lagi pelumba wanita akan menjalani latihan dan menyertai kejohanan mingguan di Melbourne, Australia selama sebulan setengah bermula pada awal Oktober depan.

Empat lagi pelumba yang akan menggalas cabaran di Laos ialah Mariana Mohamad, Masziyaton Mohd. Radzi, Kimbeley Yap Fui Lai dan Nurul Ahmar Badeuzzaman di bawah jurulatih wanita, Mohd. Shari Mohamad Nor.

Selain Noor Azian, skuad lebuh raya wanita turut meletakkan sasaran pingat emas kepada pelumba seniornya, Mariana.

azian, azian kini, azian terkini, azian terbaru, azian baru, azian skandal, gambar azian, foto azian, video azian, biodata azian, biografi azian, sejarah azian, web azian, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, lumba basikal

Penduduk Uighur dilarang tunai solat Jumaat

lu_01.1

Penduduk Uighur dilarang tunai solat Jumaat

Penduduk Islam di Urumqi tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat hari ini apabila pihak berkuasa China mengarahkan masjid- masjid di ibu kota Xinjiang ini ditutup.

Bagaimanapun, beberapa buah masjid akhirnya dibuka untuk solat tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada pihak berkuasa telah menarik balik arahan berkenaan atau masjid itu dibuka kerana desakan orang ramai yang berhimpun di luar masjid.

Polis dikerah berkawal untuk mencegah kekacauan etnik daripada meletus semula. Penduduk Islam Uighur berkata, mereka telah diarah bersembahyang di rumah sementara pasukan bersenjata membanjiri jalan-jalan raya di sini, lima hari selepas pertempuran etnik yang menyebabkan sekurang-kurangnya 156 orang maut.

“Kerajaan mengumumkan solat Jumaat tidak akan diadakan hari ini. Kami tidak boleh berbuat apa-apa, kerajaan takut penduduk akan menggunakan agama untuk menyokong ‘tiga kuasa’,” kata seorang lelaki Uighur bernama Tursun di luar masjid Hantagri, antara masjid yang tertua di ibu kota ini, sementara kira-kira 100 anggota polis bersenjatakan mesingan dan belantan berkawal di sekitarnya.

Kerajaan China merujuk ‘tiga kuasa’ kepada fahaman pelampau, fahaman pemisah dan keganasan. Beijing mendakwa ketiga-tiga kuasa tersebut cuba memisahkan Xinjiang dari bahagian lain negara ini.

Penduduk etnik Uighur yang berjumlah lapan juta di Xinjiang sudah lama mengadu mengalami penindasan agama, politik dan ekonomi di bawah pemerintahan China dan kemarahan yang sudah lama terpendam itu diluahkan pada Ahad lalu dalam bentuk protes yang kemudian bertukar menjadi ganas.

Kerajaan China melaporkan 156 orang maut dan lebih 1,000 lagi cedera apabila penduduk Islam Uighur menyerang penduduk daripada kumpulan etnik utama di China, Han.

Namun kaum Uighur berkata, pasukan keselamatan bertindak keterlaluan terhadap protes yang berjalan secara aman. Mereka mendakwa sehingga 800 orang dipercayai terbunuh dalam kekacauan itu, termasuk semasa operasi pasukan keselamatan.

Penduduk Uighur, Penduduk Uighur musik, Penduduk Uighur video, Penduduk Uighur foto, Penduduk Uighur cinta, Penduduk Uighur berita, Penduduk Uighur awek, Penduduk Uighur kontraksi, Penduduk Uighur Hiburan, Penduduk Uighur malaysia, Penduduk Uighur Melayu, Penduduk Uighur Indon, Penduduk Uighur Indonesia, Penduduk Uighur gambar, Penduduk Uighur cerita, Penduduk Uighur pilihan, Penduduk Uighur kl, Penduduk Uighur bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan

Robot ApriPoco ganti alat kawalan jauh

du_03.1

Robot ApriPoco ganti alat kawalan jauh

Para penyelidik syarikat elektronik gergasi Toshiba berjaya mencipta sebuah robot kecil yang boleh bercakap serta boleh berfungsi sebagai alat kawalan jauh universal.

Robot yang dikenali sebagai ApriPoco boleh menerima arahan dan ia akan mengaktifkan peralatan elektrik dengan menggunakan signal iframerah miliknya.

ApriPoco yang setinggi 21 sentimeter itu masih dalam peringkat pembangunan dan ia direka untuk mengingat arahan pengguna serta fungsi alat kawalan jauh.

Ia juga boleh memberi arahan kepada sistem navigasi kereta atau lain-lain peralatan.

“ApriPoco sangat berguna kepada warga emas yang tidak mahir dengan fungsi peralatan elektrik yang canggih,” kata Toshiba semalam.

Syarikat itu berharap untuk membangunkan robot itu bagi tujuan komersial tetapi ia tidak menyatakan tarikh robot itu akan dipasarkan untuk jualan.


robot, robot musik, robot video, robot foto, robot cinta, robot berita, robot awek, robot kontraksi, robot Hiburan, robot malaysia, robot Melayu, robot Indon, robot Indonesia, robot gambar, robot cerita, robot pilihan, robot kl, robot bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan