Tag Archives: anuar manan

Anuar Manan aset utama Malaysia

su_04.1

Anuar Manan aset utama Malaysia

JAGUH kebangsaan, Anuar Manan yakin pengalaman dan pendedahan yang dikutipnya bersama pasukan profesional dari Iran, Azad University mampu menjadi aset utama dalam misi skuad lumba basikal negara memenangi satu pingat emas pada Sukan SEA di Laos, Disember depan.

Meskipun gagal mempamerkan peningkatan pada Kejuaraan Berbasikal Asia (ACC) 2009 di Kalimantan bulan lepas, Anuar yang memiliki kepakaran pecutan di laluan landai tetap optimis kilauan emas mampu digenggam di Laos, sekali gus memadam pencapaian perak di Korat dua tahun lalu.

Bukan niatnya mendabik dada, namun pelumba yang berasal dari Kuala Ibai itu beranggapan, keupayaan pelumba lebuh raya negara masih jauh mengatasi pelumba negara lain, terutama dari pasukan Singapura dan Vietnam.

“Bagi saya, sasaran satu pingat emas di Laos adalah realistik dan mampu dicapai oleh skuad lebuh raya negara,” kata Anuar selepas sidang akhbar skuad lumba basikal negara ke Sukan SEA di Laos di Bukit Jalil semalam.

“Prestasi kita sebenarnya tidaklah begitu teruk, malah kami masih ada menunjukkan peningkatan.

“Pada ACC 2009 di Kalimantan baru-baru ini, skuad lebuh raya cuma tidak bernasib baik apabila taktik dan strategi dalam perlumbaan tidak berapa menjadi.

“Begitupun, saya jamin kami akan memberi aksi yang terbaik di Laos nanti.

“Malah, saya juga akan menggunakan segala kepakaran, pengalaman dan pendedahan ketika bersama pasukan Azad University untuk membantu skuad ini memenangi emas.

“Tidak kira siapa yang memenanginya, apa yang penting pingat emas menjadi milik Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, jurulatih skuad lelaki negara, Jamaluddin Omar enggan menjadikan kegaga- lan pada ACC bulan lepas sebagai alasan untuk anak buahnya tidak memenangi pingat emas di Laos dalam acara lebuh raya nanti.

“Sudah pasti sasaran satu pingat emas ini datangnya dari acara lebuh raya,” kata Jama- luddin semalam.

“Dalam masa tiga bulan ini saya akan cuba memberi latihan mengikut perancangan ketua jurulatih, John Beasley dalam usaha mengumpul kekuatan fizikal kepada pelumba kita.

“Lagipun, laluan perlumbaan di Laos banyak mendatar, jadi saya rasa pelumba pecut kita seperti Anuar (Manan) dan Suhargdi (Hassan) tidak mempunyai masalah untuk mengatasi pelumba Singapura, Indonesia dan Vietnam,” tambahnya lagi.

Seramai enam pelumba lebuh raya lelaki yang akan menggalas cabaran negara pada temasya di Laos nanti bakal dipilih menerusi satu perlumbaan terbuka pada Oktober depan.

Lapan pelumba yang tersenarai untuk mengikuti program persiapan ke Sukan SEA Laos ialah Suhardi Hassan, Mohd. Nor Rizuan Zainal, Ahmad Fallanie Ali, Wan Mohd. Najmie Wan Mohamad, Mohammad Rauf Nur Misbah, Anuar Manan, Mohd. Sufi Mat Senam dan Mohd. Sharul Mat Amin.


anuar manan, anuar manan kini, anuar manan terkini, anuar manan terbaru, anuar manan baru, anuar manan skandal, gambar anuar manan, foto anuar manan, video anuar manan, biodata anuar manan, biografi anuar manan, sejarah anuar manan, web anuar manan, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Anuar Manan