Tag Archives: anak

Anak perempuan Schwarzenegger mahu tukar nama

Anak perempuan Schwarzenegger mahu tukar nama

LOS ANGELES 10 Ogos – Anak perempuan sulung pelakon Arnold Schwarzenegger mempertimbangkan untuk menukar nama keluarganya kerana menganggap ia terlalu gah untuk dikaitkan dengan dirinya.

Katherine, 21, membuat pertimbangan tersebut apabila memasuki kolej kelak.

“Saya terfikir untuk menukar nama keluarga kerana mahu keluar bersama lelaki.

“Menggunakan nama Schwarzenegger setiap hari sebagai nama akhir membuatkan saya terlampau memikirkannya,” katanya kepada Harper’s Bazaar.

Katanya, setiap lelaki yang berminat dengan sukan bina badan akan menyebut nama bapanya setelah mereka mengetahui nama akhirnya.

“Saya berasa seperti mereka sebenarnya mahu keluar bersama Arnold dan bukannya saya,” ujarnya.

Walaupun kini bapa dan ibunya, Maria Shriver berdepan dengan masalah keretakan rumah tangga, Katherine tetap berterima kasih kepada mereka kerana membesarkan dia serta adik beradiknya, Christina, 19; Patrick, 17 dan Christopher, 13.

“Saya percaya semua yang berlaku kini mempunyai sebab yang tersendiri dan akan memahaminya apabila semuanya selesai,” katanya.

nama, schwarzenegger, mahu, anak, perempuan, anak perempuan, perempuan schwarzenegger, schwarzenegger mahu, tukar, mahu tukar, tukar nama, luar, negara, luar negara, malaysia, Anak perempuan, sulung, pelakon, Arnold Schwarzenegger, nama keluarganya, Katherine, membuat pertimbangan, memasuki, kolej, kelak, Saya, menukar, nama, keluarga, keluar, bersama, lelaki

Ibu rantai anak lelaki selama 23 tahun

Ibu rantai anak lelaki selama 23 tahun

CHONGQING – Seorang ibu mengikat anak lelakinya yang sakit mental dengan rantai dalam keadaan bogel di dalam sebuah bangsal yang buruk di sini sejak 23 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu itu, Xiao Anrong yang berusia 76 tahun mahu anaknya itu, Tang Zuhua yang berumur 40 tahun dijaga oleh seseorang selepas dia meninggal dunia.

Menurutnya, dia merantai anaknya itu demi kebaikannya.

Dia berkata, anaknya akan mengoyakkan pakaian yang diberikan kepadanya.

Menurut ibu itu, anaknya akan membahayakan dirinya sendiri jika dia tidak dirantai.

Dia berkata, jiran-jirannya juga telah mendermakan makanan untuk anaknya itu.

Anaknya itu tidur di atas lantai kerana ibunya tidak mampu membeli jerami untuk dijadikan alas tidur.

Anrong berkata, anaknya itu mula bertindak ganas semasa dia berumur 17 tahun dengan membaling pelbagai barang menyebabkan keputusan untuk merantainya dibuat.

Sejak dua orang lagi anaknya yang normal meninggalkan rumah, Anrong perlu menjaga Zuhua seperti memandikannya, memotong rambut, membersihkan tempat tinggal dan memberi makanan dengan menggunakan duit pencennya bulanan 166.57 yuan (RM78) sebulan.

Namun, selepas dirantai selama 23 tahun, Zuhua tidak mampu berjalan dengan baik kerana otot kakinya jarang bergerak.

Ibu, rantai, anak, lelaki, tahun, CHONGQING, mengikat, anak, lelaki, sakit, mental, rantai, keadaan, bogel, dalam, sebuah, bangsal, buruk, sini sejak, tahun, lalu, Xiao Anrong, berusia tahun, Tang Zuhua, berumur, meninggal, dunia, dia, merantai, anak, demi kebaikan, anaknya, mengoyakkan, pakaian, membahayakan, dirinya, sendiri, dirantai, jiran, jirannya, mendermakan, makanan, Anaknya, tidur, atas, lantai, ibunya, membeli, jerami, alas, tidur, Anrong, baling,rumah, Anrong, Zuhua, memandikannya, memotong rambut, membersihkan, duit, pencennya, bulanan,Zuhua, berjalan, otot, kakinya, jarang, bergerak

Daki 1,037 anak tangga di bangunan unik

Daki 1,037 anak tangga di bangunan unik

SYDNEY – Seorang seniman jalanan terkenal, Chayne Hultgren menunjukkan aksinya menelan 18 bilah pedang secara serentak di sini semalam.

Dia memecahkan rekod Guinness World Records yang dipegangnya sendiri dua tahun lalu apabila dia telah menelan 17 bilah pedang secara serentak.

“Ia mengagumkan. saya berasa amat gembira,” katanya yang berumur 31 tahun.

Dia mula berlatih semasa berumur 16 tahun.

“Ia tidak berbahaya jika anda mengetahui cara untuk melakukannya tetapi ia bukan sesuatu yang disyorkan oleh doktor,” katanya.

Dia akan menelan pedang itu secara serentak sebelum mengeluarkannya semula.

“Bagi acara ini, saya melakukan banyak latihan dan meditasi. Saya turut belajar cara mengawal otot dan organ dalaman saya,” katanya.

Daki, Daki berita, Daki kini, Daki dunia, Daki asia, Daki malaysia, Daki melayu, Daki indon, Daki indonesia, Daki kl, Daki foto, Daki gambar, Daki terkini, Daki web, Daki harian, Daki baru, Daki bf1, berita bf1, berita bf1, berita kini, berita kini, berita malaysia, berita indon, berita indonesia, berita dunia, berita harian, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik,teknologi Daki,Daki ekonomi,Daki, 1,037, anak, tangga, di, bangunan, unik