Sharapova memukau

Sharapova memukau

NEW YORK – Ratu tenis Rusia, Maria Sharapova diberi laluan mudah untuk mara ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Tampil selaku pemain pilihan ke-14, Sharapova berjaya menjinakkan pemain Republik Czech, Iveta Benesova menerusi kemenangan straight set 6-1, 6-2.

Bagaimanapun Sharapova mengakui, dia berasa kurang selesa pada awal saingan disebabkan angin kencang ketika perlawanan berlangsung di Stadium Arthur Ashe itu.

“Semasa memanaskan badan, angin sudah mula kencang dan ketika itu, saya bermain menggunakan tangan kiri setelah lama tidak berbuat demi- kian, jadi saya tahu ia akan menjadi sukar,” jelas Sharapova.

Menanti Sharapova di pusingan ketiga ialah pemain tuan rumah yang bertanding atas tiket wild card, Bea- trice Capra yang sebelum itu menewaskan pemain pilihan ke-18 dari Perancis, Aravane Rezai 7-5, 2-6, 6-3.

“Perkara paling hebat dalam kejo- hanan ini ialah apabila anda berpeluang untuk menyaksikan pemain muda Amerika Syarikat beraksi.

“Bukan bermakna saya mengatakan diri saya sudah tua dalam usia 23 tahun tetapi saya bangga melihat pemain muda meningkat naik dan bermain dengan bagus,” katanya.

Selain Sharapova, turut meniti laluan mudah ke pusi- ngan seterusnya ialah pilihan utama dari Denmark, Caro- line Wozniacki.

Wozniacki mara ke pusingan ketiga selepas membelasah pemain Taiwan, Chang Kai-shen 6-0, 6-0.

“Saya cukup kecewa dan begitu malu dengan kekalahan ini. Saya sedar, bukan mudah untuk beraksi ketika menentang pilihan utama,” jelas Kai-shen.

Pemain Serbia, Jelena Jankovic dan Vera Zvonareva dari Rusia turut mengesahkan slot ke pusingan ketiga.

Jankovic menewaskan pemain Croatia, Mirjana Lucic 6-4, 3-6, 6-2 manakala Zvonareva menang 6-1, 7-6 (7-5) ke atas pemain Jerman, Sabine Lisicki.

Sharapova, Sharapova kini, Sharapova terkini, Sharapova terbaru, Sharapova baru, Sharapova skandal, gambar Sharapova, foto Sharapova, video Sharapova, biodata Sharapova, biografi Sharapova, sejarah Sharapova, web Sharapova, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia