Federer mara bergaya

Federer mara bergaya

NEW YORK – Satu pukulan balas menerusi celah kaki ternyata mengagumkan penonton ketika menyaksikan pili- han kedua, Roger Federer mara bergaya ke pusingan kedua Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Pada perlawanan pusingan pertama yang paling mencuri tumpuan di Flushing Meadows itu kelmarin, Fede- rer melakukan pukulan yang mengelirukan lawannya dari Argentina, Brian Dabul sebelum menang 6-1, 6-4, 6-2.

Tiada siapa menduga, bola yang dipukul bersahaja oleh Federer pada set kedua itu singgah di satu sudut sukar dalam gelanggang lawannya, sekali gus mendapat tepukan gemuruh penonton.

Namun, ia bukan kali pertama Federer melakukan pukulan pelik seumpama itu kerana ia seakan-akan pukulan sama yang dilakukan ketika menentang pemain Serbia, Novak Djokovic pada aksi separuh akhir kejohanan sama tahun lalu.

“Tidak banyak pukulan seperti itu yang saya lakukan dalam karier saya. Ia memang menakjubkan kerana dapat berkongsinya dengan anda semua.

“Terima kasih kerana berdiri memberi penghormatan. Saya amat menyukainya,” kata Federer ketika berucap selepas perlawanan.

Turut mengikut jejak Fede- rer mara ke pusingan kedua adalah Andy Roddick dan Robin Soderling. Pilihan pertama dari Sepanyol, Rafael Nadal bagaimanapun belum lagi turun beraksi.

Begitupun, kejutan tetap berlaku apabila bekas juara, Lleyton Hewitt menjadi pemain pilihan pertama tersingkir seawal pusingan pertama selepas tumpas kepada pemain Perancis, Paul-Henri Mathieu 6-3, 6-4, 5-7, 4-6, 6-1.

Dalam perseorangan wanita, bekas tunang Hewitt dari Belgium, Kim Clijsters menyertai Venus Williams mene- ruskan kemaraan ke pusingan kedua.

Clijster yang merupakan ibu kepada seorang anak perempuan dan isteri kepada pemain bola keranjang Amerika Syarikat, Brian Lynch menang ke atas pemain Hun- gary, Greta Arn 6-0, 7-5.

Bagaimanapun, malang bagi bekas pemain No. 1 dunia dari Rusia, Dinara Safina apabila terpaksa pulang awal selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pemain Slovakia, Daniela Hantuchova yang menang 6-3, 6-4.

Federer, Federer kini, Federer terkini, Federer terbaru, Federer baru, Federer skandal, gambar Federer, foto Federer, video Federer, biodata Federer, biografi Federer, sejarah Federer, web Federer, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia