Category Archives: Olahraga

Olahraga

Bolt ikut jejak Lewis

Bolt ikut jejak Lewis

MIAMI – Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt yakin dia mampu bersaing dalam acara 400 meter atau lompat jauh pada Kejohanan Dunia 2013 di Moscow, Rusia.

Bolt memberitahu, dia berhasrat mengikut jejak langkah bekas jaguh olahraga Amerika Syarikat, Carl Lewis yang bukan sahaja mengungguli acara pecut, malah mendominasi acara lompat jauh pada zaman kegemilangannya.

Justeru, Bolt berkata, jika dia berjaya mempertahankan gelaran dalam acara 100 dan 200 meter pada Sukan Olimpik 2012 di London, dia mungkin akan mencuba nasib dalam acara lain.

“Sasaran saya ialah untuk mempertahankan gelaran juara dalam kedua-dua acara itu (100 dan 200m) pada Sukan Olimpik 2012.

“Saya perlu fokus dalam kedua-dua acara tersebut dan selepas Olimpik di London, saya akan membuat keputusan jika saya perlu beraksi dalam acara lain pula,” jelasnya.

Bolt kini sedang berehat kerana masih belum pulih daripada kecederaan belakang.

“Saya rasa mampu untuk menjadi atlet lompat jauh yang bagus. Saya tidak tahu apa pandangan jurulatih saya (Glen Mills) kerana dia mungkin mahu saya mencuba dalam acara 400m sahaja,” kata Bolt.

Mills percaya Bolt mampu mencipta kejayaan dalam acara 400m selepas dia mencatat rekod dunia dalam acara 100 dan 200m pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China.

“Ramai orang menganggap saya mampu beraksi dengan baik dalam 400m dan jika mereka mahu saya mencuba, saya akan cuba dan lihat apa yang berlaku.

“Saya akan dengar pandangan daripada jurulatih saya kerana dia merupakan sumber inspirasi saya selama ini,” ujar Bolt lagi.

Bolt ikut, Bolt ikut kini, Bolt ikut terkini, Bolt ikut terbaru, Bolt ikut baru, Bolt ikut skandal, gambar Bolt ikut, foto Bolt ikut, video Bolt ikut, biodata Bolt ikut, biografi Bolt ikut, sejarah Bolt ikut, web Bolt ikut, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia

Aliff raja pecut Sukma

Aliff raja pecut sukan Malaysia (Sukma)

KEJUTAN tercipta dalam 100 meter lelaki apabila pelari Wilayah Persekutuan, Syed Aliff Syed Noh dinobatkan raja pecut Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 dengan gelaran ratu milik atlit tuan rumah, Nurul Sarah Kadir (gambar kecil) pada ketika Adi Alifudin Hussein turut mencuri tumpuan dengan catatan rekod kebangsaan lontar peluru lelaki, semalam.

Syed Alliff, 21, mencatatkan 10.71 saat bagi menewaskan Mohd Azhar Md Ismail dari Pahang (10.74s) dan jaguh 110m berpagar kebangsaan, Rayzamshah Wan Sofian (Sabah), ketiga.

“Saya tidak sangka menang kerana saya menjangkakan gelaran raja pecut milik Rayzamshah atau Mohd Azhar. Kejayaan ini adalah rezeki saya,” kata Syed Aliff .

Terdahulu, kegembiraan awal Nurul Sarah kerana menyangka berjaya memecahkan rekod kejohanan bertukar kecewa apabila sekadar melakukan 12.04 saat, untuk kemenangan pingat emas.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku dan masih kabur. Saya memang mensasarkan untuk memecah rekod dan tidak berpuas hati dengan masa rasmi,” katanya, yang mengatasi pelari Perak S Komalam Shally (12.37s) dan Zaidatul Husna Zulkifli (Pulau Pinang), ketiga.

Adi pula mengulang gemilang aksinya di Taiwan, tiga minggu lalu apabila memecah rekod kebangsaan dalam acara lontar peluru lelaki dengan jarak 17.31 meter, mengatasi catatan lama yang baru dibuat tiga minggu lalu di Terbuka Taiwan, 17.18 meter.
“Saya sekadar berharap dapat melakukan 17.20m bagi membaiki rekod peribadi, tetapi tidak sangka mampu mencipta jarak lebih jauh iaitu 17.31m,” kata Adi Alifudin.

Dua rekod kejohanan turut dicipta dalam acara wanita melalui Melinder Kaur dari Pulau Pinang dalam 5,000 meter (17:46.01 saat) dan K Ganthimanthi dari Pahang dalam 800m. (2:09.57s) manakala 400 meter wanita menjadi milik Nurul Assikin Mohd Rashidi dari Johor dengan masa 56.87 saat.

aliff, aliff kini, aliff terkini, aliff terbaru, aliff baru, aliff skandal, gambar aliff, foto aliff, video aliff, biodata aliff, biografi aliff, sejarah aliff, web aliff, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1,Aliff, raja pecut, sukan, Malaysia, Sukma

Usain Bolt sengaja elak jumpa Tyson Gay

su_10.1

Usain Bolt sengaja elak jumpa Tyson Gay

BRUSSELS – Pemenang tiga pingat emas Kejohanan Olahraga Dunia, Usain Bolt mengesahkan tidak akan menentang pencabarnya, Tyson Gay dalam acara 100 meter pada Kejohanan Liga Emas yang bermula hari ini.

Pada kejohanan di Berlin bulan lalu, Bolt mencatat rekod baru dunia dengan catatan 9.58 saat ketika menewaskan Gay. Dia juga mengungguli acara 200m, juga dengan catatan rekod baru dunia 19.19s.

Begitupun, ketiadaan Bolt pada aksi Liga Emas kali ini bakal menyaksikan Gay akan menentang bekas pemegang rekod dunia yang juga rakan senegara Bolt dari Jamaica, Asafa Powell.

“Saya telah beraksi dalam banyak perlumbaan 100m musim ini dan sebab itulah jurulatih saya memutus- kan agar saya hanya beraksi dalam acara 200m di Brussels,” jelas Bolt yang turut akan beraksi dalam acara itu pada Kejohanan Akhir Olahraga Dunia di Thessaloniki, Greece pertengahan bulan ini.

“Sejak berakhirnya Kejohanan Dunia, saya hanya mempunyai dua minggu untuk kembali kepada prestasi sedia ada. Kini saya semakin baik dan saya harap saya dapat beraksi dengan baik di Zurich nanti.”

Dalam pada itu, pemburuan hadiah wang tunai AS$1 juta (RM3.5 juta) pada saingan Liga Emas musim ini bakal menjadi rebutan tiga atlet.

Juara dunia dan Sukan Olimpik, Kenenisa Bekele akan beraksi dalam acara 5,000m dan menjadi pilihan untuk memenangi hadiah utama itu selepas dia memenangi kesemua perlumbaan tahun ini.

Turut menjadi perhatian ialah jaguh Amerika Syarikat, Sanya Richards yang akan beraksi dalam acara 400m wanita. Begitupun, Richards bakal berdepan pencabar utamanya dari Britain, Christine Ohuruogu.

Ratu lompat bergalah Rusia, Yelena Isinbayeva juga berada dalam senarai calon walaupun pemegang rekod dunia itu gagal memenangi sebarang pingat pada Kejohanan Dunia di Berlin bulan lalu.

bolt, bolt kini, bolt terkini, bolt terbaru, bolt baru, bolt skandal, gambar bolt, foto bolt, video bolt, biodata bolt, biografi bolt, sejarah bolt, web bolt, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Bolt, Usain Bolt