Category Archives: Formula One

Formula One

Massa terus tunjuk taring

Massa terus tunjuk taring

VALENCIA – Pemandu Ferrari, Felipe Massa sekali lagi membuktikan kehebatannya pada sesi ujian rasmi pertama di Valencia, Sepanyol.

Selepas mencatat masa terpantas pada hari pertama Isnin lalu, pemandu Brazil itu terus mendominasi saingan pada hari kedua kelmarin.

Massa mencatat masa terbaik iaitu satu minit, 11.722 saat selepas melengkapkan 124 pusingan di Litar Cheste, mengatasi pemandu Sauber, Kamui Kobayashi yang mencatat masa kedua terpantas (1:12.056s).

Pemandu McLaren, Lewis Hamilton yang berehat pada hari pertama kelmarin, mencatatkan masa ketiga terpantas dengan catatan masa 1:12.256s.

“Saya cukup gembira kerana sudah lama saya tidak memandu ratusan kilometer dalam sekali pemanduan,” kata Massa.

“Ini merupakan sesuatu yang amat positif. Saya rasa sihat dari segi fizikal dan mental. Saya juga amat berpuas hati kerana memiliki jentera yang hebat.”

Sementara itu, pemandu Renault, Robert Kubica serta Nico Rosberg daripada pasukan Mercedes GP masing-masing mencatat masa keempat dan kelima terpantas diikuti pemandu Williams, Rubens Barrichello dan Sebastien Buemi (Toro Rosso).

Felipe Massa, Felipe Massa f1, de Felipe Massa, blog Felipe Massa, situs Felipe Massa, video Felipe Massa, felipi massa, Felipe Massa, blog melakukan Felipe Massa, situs melakukan Felipe Massa, Felipe Massa formula 1, capacete Felipe Massa, Felipe Massa oficial, capacete melakukan Felipe Massa,Felipe Massa kart, situs oficial Felipe Massa,

Schumacher uji Mercedes Silver Arrow

Schumacher uji Mercedes Silver Arrow

VALENCIA, Sepanyol – Legenda Formula Satu (F1) Jerman, Michael Schumacher memandu kereta Mercedes Silver Arrow buat pertama kali di litar semalam, menjelang aksi pertamanya dalam F1 setelah tiga tahun bersara.

Berpuluh peminat, jurugambar dan wartawan menyaksikan juara dunia tujuh kali itu melengkapkan beberapa pusingan pemanduan di Litar Ricardo Tormo de Cheste, pada sesi ujian bebas pertama F1 musim ini.

Mercedes mengambil alih Brawn GP, pasukan di mana pelumba Britain, Jenson Button memenangi kejuaraan dunia musim 2009.

Kejayaan tersebut mendorong Schumacher sekali lagi berganding dengan bekas pemilik pasukan, Ross Brawn.

Brawn, 55, bersama-sama Schumacher di pit, sepanjang pelumba Jerman itu memenangi tujuh kejuaraan dunia – dua kali bersama Benetton dan lima kali bersama Ferrari.

Brawn kini bertanggungjawab memastikan Silver Arrow berada dalam keadaan sempurna apabila musim 2010 bermula.

Setelah bersara pada 2006, Schumacher, 41, kembali menyertai perlumbaan apabila menandatangani kontrak tiga tahun bersama Mercedes.

Schumacher tidak pernah berahsia mengenai hasratnya untuk memenangi kejuaraan dunia kelapan bersama Brawn, sebagai prinsipal pasukan Mercedes dan Nico Rosberg sebagai rakan sepasukan.

Perlumbaan pertama F1 musim ini akan bermula pada Grand Prix Bahrain 14 Mac ini.

schumacher charger, Michael Schumacher, kecil itu indah schumacher, schumacher pengisi daya baterai, pengisi daya baterai schumacher, schumacher, bajingan schumacher, michael schumacher, micheal schumacher, schumacher f1, Waffen schumacher, schumacher balap, schumacher lagu, schumachers, schumacher kekuatan instan, schumacher mity tungau, kapal n schumacher pantai, schumacher melompat starter, schumacher nitro, schumacher rc, schumacher listrik, elit schumacher battery charger, schumacher kecelakaan, schumacher kecelakaan, schumacher ancaman, emil schumacher, michel schumacher, schumacher speedcharge, dave schumacher, adam schumacher, alex schumacher, andrea schumacher, angela schumacher, fred schumacher, lisa schumacher, peter schumacher, schumacher de, jayschumacher, schumacher usa, roger schumacher, schumacher tempat, albert schumacher, tepuk schumacher, carolyn schumacher, schumacher rumah, schumacher,

Ferrari lancar F10

Ferrari lancar F10

MARANELLO, Itali – Ferrari melancarkan kereta baru Formula Satu (F1) untuk musim 2010, yang dinamakan F10, semalam dengan harapan untuk mengembalikan tradisi kemenangan pasukan itu pada perlumbaan musim ini.

Memang menjadi tradisi Ferrari menamakan keretanya dengan simbol ‘F’, namun tahun lepas model kereta itu dikenali sebagai ‘F60’, sempena 60 tahun penglibatan Ferrari dalam F1, namun ia gagal memberikan saingan.

”Kami telah melalui musim yang kurang berjaya, namun itu akan menjadi titik kebangkitan kami pada masa hadapan. Kami mahu kembali menang,” kata pengarah pasukan Ferrari, Stefano Domenicali.

Berdasarkan reka bentuk terbaru, kereta F10 itu menggunakan warna putih di bahagian sayap, bersesuaian dengan warna korporat penaja terbaru pasukan itu, sebuah bank dari Sepanyol, Santander.

Pada tahun lepas, Ferrari mengakhiri saingan mengecewakan, apabila berada di tangga keempat keseluruhan dalam kategori pengeluar.

Kimi Raikkonen, Felipe Massa dan Giancarlo Fisichella pula berada pada kedudukan 6, 11 dan 15 dalam kategori pemandu.

Fisichella menggantikan Massa semasa pertengahan musim, setelah pemandu dari Brazil itu nyaris maut apabila terlibat dalam kemalangan di Grand Prix Hungary, ekoran kecederaan teruk di bahagian kepala.

Massa disahkan akan kembali beraksi pada musim ini, sementara Fernando Alonso menggantikan Raikkonen, manakala Fisichella pula diletakkan sebagai pemandu simpanan.

Alonso merupakan juara dunia dua kali ketika bersama Renault. Ferrari menjangkakan pemandu Sepanyol itu akan menyerlah bersama mereka.

”Kami cukup bersedia dalam situasi sekarang, termasuk Alonso dan pasukan,” kata Domenicali.

Massa akan mengambil peranan menguji jentera baru F10 di litar milik Ferrari, Fiorano dan akan mengadakan sesi ujian rasmi di Valencia, Sepanyol, Isnin depan.

”Selepas musim yang kurang baik tahun lalu, Felipe boleh menunjukkan kembali siapakah dirinya yang sebenar,” kata Domenicali.

Perlumbaan pertama musim ini akan bermula di GP Bahrain pada 14 Mac.

Ferrari, Ferrari kini, Ferrari blog, Ferrari terbaru, Ferrari baru, Ferrari berita, gambar Ferrari, foto Ferrari, video Ferrari, biodata Ferrari, biografi Ferrari, sejarah Ferrari, web Ferrari, Ferrari terkini, Ferrari terbaru, Ferrari penting, Ferrari dunia, Ferrari Ferrari, Ferrari malaysia, Ferrari melayu, Ferrari indon, Ferrari indonesia, Ferrari kl, Ferrari tv,, Ferrari gay, Ferrari artis, Ferrari hiburan, Ferrari sukan, Ferrari ekonomi, Ferrari sains, Ferrari teknologi, Ferrari kesihatan, Ferrari sejarah, Ferrari politik, Ferrari bf1, dunia, Ferrari, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, sukan, teknologi, ekonomi