Category Archives: Berita Sukan

Sukan

Barrichello selar Schumacher

Barrichello selar Schumacher

LONDON – Persengketaan antara pemandu Williams, Rubens Barrichello dan pemandu Mercedes GP, Michael Schumacher masih berlarutan.

Terbaru, Barrichello mendedahkan bahawa Schumacher tidak meminta maaf kepadanya secara peribadi selepas bekas juara dunia itu hampir menyebabkan dia hampir terbabas pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Hungary awal bulan ini.

Ekoran insiden tersebut, Schumacher dihujani dengan kritikan sehingga dia dikenakan hukuman penalti 10 petak ke belakang pada GP Belgium hujung bulan ini.

“Kehidupan ini berkisarkan kepada rasa hormat dan kemaafan antara satu sama lain,” kata Barri- chello yang pernah bergandingan bersama Schumacher dalam pasukan Ferrari.

“Saya mendapat tahu, dia (Schu- macher) hanya mengeluarkan kenyataan maaf menerusi pihak media. Saya tidak menerima sebarang panggilan telefon daripadanya.

“Saya mempunyai pandangan sendiri atas insiden itu tetapi saya hanya akan berdiam diri. Kita tidak boleh terus menurutkan kemarahan terhadap satu sama lain di atas trek kerana ia mungkin akan berakhir dengan pergaduhan.”

Pada GP Hungary lalu, Schuma- cher hampir menyebabkan Barrichello hampir melanggar dinding litar ketika dia cuba memintas pemandu veteran Williams itu.

Mengulas lanjut, Barrichello berkata, dia mungkin akan melakukan pendekatan lain sekiranya berada dalam situasi seperti Schumacher.

“Saya mahu dia berdepan dengan kesukaran jika mahu memintas saya kerana sudah jelas saya tidak akan membiarkan dia melepasi saya.

“Tetapi sudah tentu saya tidak mahu membahayakan dirinya. Jika dia berasa demikian, saya minta maaf kerana itu bukan niat saya.”

Bagaimanapun, pemandu berusia 38 tahun itu mengakui, tidak berlaku sebarang pergaduhan antara dia dan Schumacher.

“Saya menghormatinya (Schuma- cher) atas kejayaannya selama ini tetapi saya tidak berminat lagi untuk menganggapnya sebagai kawan,” jelasnya

Barrichello, Barrichello kini, Barrichello terkini, Barrichello terbaru, Barrichello baru, Barrichello skandal, gambar Barrichello, foto Barrichello, video Barrichello, biodata Barrichello, biografi Barrichello, sejarah Barrichello, web Barrichello, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia

Sheva: Barca Tidak Bakal Mulus

9

Sheva: Barca Tidak Bakal Mulus

KIEV – Barcelona untuk sementara memimpin klasemen Liga Champions Grup F dengan nilai empat. Namun, bomber Dynamo Kiev Andriy Shevchenko memprediksi kalau Blaugrana tidak akan melenggang mulus musim ini.

Ya, Barca memang memimpin klasemen Liga Champions Grup F dengan nilai empat, dari hasil imbang melawan Inter Milan di Giuseppe Meazza dan kemenangan atas Dynamo Kiev.

Namun, Sheva menilai perjalanan tim besutan Pep Guardiola itu pada musim ini tidak akan mulus. Pasalnya, Barca harus bertandang ke Kiev dan Rubin Kazan. Sheva optimis Blaugrana akan mengalami kesulitan dalam laga itu.

“Setelah dua pertandingan, kami tidak bisa memberikan kesimpulan,” jelas mantan bomber AC Milan dan Chelsea itu kepada Sport-Express, Minggu (4/10/2009). “Saya rasa Barcelona akan kesulitan bermain di Kiev dan Kazan.”

Jadwal pertandingan selanjutnya Barca adalah bertandang ke Kiev pada 20 Oktober mendatang, setelah itu Carles Puyoll dkk tampil di kandang Kazan.

Sheva, Sheva kini, Sheva terkini, Sheva terbaru, Sheva baru, Sheva skandal, gambar Sheva, foto Sheva, video Sheva, biodata Sheva, biografi Sheva, sejarah Sheva, web Sheva, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita Shevaan, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Shevaan, baru, macam-macam, Bf-1

Bolt ikut jejak Lewis

Bolt ikut jejak Lewis

MIAMI – Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt yakin dia mampu bersaing dalam acara 400 meter atau lompat jauh pada Kejohanan Dunia 2013 di Moscow, Rusia.

Bolt memberitahu, dia berhasrat mengikut jejak langkah bekas jaguh olahraga Amerika Syarikat, Carl Lewis yang bukan sahaja mengungguli acara pecut, malah mendominasi acara lompat jauh pada zaman kegemilangannya.

Justeru, Bolt berkata, jika dia berjaya mempertahankan gelaran dalam acara 100 dan 200 meter pada Sukan Olimpik 2012 di London, dia mungkin akan mencuba nasib dalam acara lain.

“Sasaran saya ialah untuk mempertahankan gelaran juara dalam kedua-dua acara itu (100 dan 200m) pada Sukan Olimpik 2012.

“Saya perlu fokus dalam kedua-dua acara tersebut dan selepas Olimpik di London, saya akan membuat keputusan jika saya perlu beraksi dalam acara lain pula,” jelasnya.

Bolt kini sedang berehat kerana masih belum pulih daripada kecederaan belakang.

“Saya rasa mampu untuk menjadi atlet lompat jauh yang bagus. Saya tidak tahu apa pandangan jurulatih saya (Glen Mills) kerana dia mungkin mahu saya mencuba dalam acara 400m sahaja,” kata Bolt.

Mills percaya Bolt mampu mencipta kejayaan dalam acara 400m selepas dia mencatat rekod dunia dalam acara 100 dan 200m pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China.

“Ramai orang menganggap saya mampu beraksi dengan baik dalam 400m dan jika mereka mahu saya mencuba, saya akan cuba dan lihat apa yang berlaku.

“Saya akan dengar pandangan daripada jurulatih saya kerana dia merupakan sumber inspirasi saya selama ini,” ujar Bolt lagi.

Bolt ikut, Bolt ikut kini, Bolt ikut terkini, Bolt ikut terbaru, Bolt ikut baru, Bolt ikut skandal, gambar Bolt ikut, foto Bolt ikut, video Bolt ikut, biodata Bolt ikut, biografi Bolt ikut, sejarah Bolt ikut, web Bolt ikut, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia