Category Archives: Berita China

China

Taman orang kerdil di China

Taman orang kerdil di China

[media id=84 width=500 height=400]

HEIQIAOMU – Sebuah taman orang kerdil yang dibina di wilayah Yunnan, barat daya China, menjadi popular sejak dibuka pada September tahun lalu.

Taman itu menampilkan banyak rumah kecil berbentuk cendawan manakala orang-orang kerdil akan muncul dari rumah comel itu setiap kali melakukan persembahan.

Pelbagai persembahan mereka seperti tarian klasik, moden selain telatah lucu mereka berjaya menjadikan taman tersebut terkenal di China.

Lebih 100 orang kerdil dengan ketinggian 79 sentimeter sehingga 1.3 meter menganggap taman itu memberi nafas baru dalam kehidupan mereka.

“Kebanyakan kami didiskriminasi sebelum kami tiba di sini.

“Kami dihormati dan dilayan secara saksama di sini,” kata seorang wanita kerdil, Ou Jielin, 24.

Taman, Taman kini, Taman terkini, Taman terbaru, Taman baru, Taman skandal, gambar Taman, foto Taman, video Taman, biodata Taman, biografi Taman, sejarah Taman, web Taman,Taman berita terkini, Taman berita terbaru,Taman berita penting,Taman berita dunia, Taman berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita Taman, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Taman, baru, macam-macam, Bf-1,ekonomi, teknologi,Taman, orang, kerdil, di, China

Ibu rantai anak lelaki selama 23 tahun

Ibu rantai anak lelaki selama 23 tahun

CHONGQING – Seorang ibu mengikat anak lelakinya yang sakit mental dengan rantai dalam keadaan bogel di dalam sebuah bangsal yang buruk di sini sejak 23 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu itu, Xiao Anrong yang berusia 76 tahun mahu anaknya itu, Tang Zuhua yang berumur 40 tahun dijaga oleh seseorang selepas dia meninggal dunia.

Menurutnya, dia merantai anaknya itu demi kebaikannya.

Dia berkata, anaknya akan mengoyakkan pakaian yang diberikan kepadanya.

Menurut ibu itu, anaknya akan membahayakan dirinya sendiri jika dia tidak dirantai.

Dia berkata, jiran-jirannya juga telah mendermakan makanan untuk anaknya itu.

Anaknya itu tidur di atas lantai kerana ibunya tidak mampu membeli jerami untuk dijadikan alas tidur.

Anrong berkata, anaknya itu mula bertindak ganas semasa dia berumur 17 tahun dengan membaling pelbagai barang menyebabkan keputusan untuk merantainya dibuat.

Sejak dua orang lagi anaknya yang normal meninggalkan rumah, Anrong perlu menjaga Zuhua seperti memandikannya, memotong rambut, membersihkan tempat tinggal dan memberi makanan dengan menggunakan duit pencennya bulanan 166.57 yuan (RM78) sebulan.

Namun, selepas dirantai selama 23 tahun, Zuhua tidak mampu berjalan dengan baik kerana otot kakinya jarang bergerak.

Ibu, rantai, anak, lelaki, tahun, CHONGQING, mengikat, anak, lelaki, sakit, mental, rantai, keadaan, bogel, dalam, sebuah, bangsal, buruk, sini sejak, tahun, lalu, Xiao Anrong, berusia tahun, Tang Zuhua, berumur, meninggal, dunia, dia, merantai, anak, demi kebaikan, anaknya, mengoyakkan, pakaian, membahayakan, dirinya, sendiri, dirantai, jiran, jirannya, mendermakan, makanan, Anaknya, tidur, atas, lantai, ibunya, membeli, jerami, alas, tidur, Anrong, baling,rumah, Anrong, Zuhua, memandikannya, memotong rambut, membersihkan, duit, pencennya, bulanan,Zuhua, berjalan, otot, kakinya, jarang, bergerak

China haramkan lagu Lady Gaga

China haramkan lagu Lady Gaga

BEIJING 25 Ogos – China mengharamkan laman web daripada memaparkan 100 lagu daripada artis terkemuka seperti Lady Gaga dan Backstreet Boys, kata kenyataan dalam laman web Kementerian Kebudayaan republik komunis itu.

Kementerian itu berkata, ia bertujuan untuk mengawal ‘peraturan’ pasaran muzik di Internet, dan lagu-lagu ‘yang memudaratkan budaya di negara itu mesti dibersihkan serta dikawal di bawah undang-undang’.

Notis tersebut yang diterbitkan pada 19 Ogos lalu dan dipamerkan dalam laman web kementerian, menyenaraikan lagu nyanyian Lady Gada iaitu The Edge of Glory, Hair, Marry the Night dan Bloody Mary.

Kenyataan itu tidak menjelaskan faktor lagu-lagu terbabit diharamkan namun kebiasaannya China menapis sebarang perkara yang dianggap menyentuh sensitiviti politik.

Lirik terakhir lagu Bloody Mary mengandungi ayat ‘Oh liberdade, mi amor’ (Oh kebebasan, cintaku), dan lagu Hair dengan lirik ‘This is my prayer, That I’ll die living just as free as my hair’ (Ini doaku, Aku akan hidup dan mati dengan bebas seperti rambutku).

Turut disenarai hitamkan oleh kerajaan China ialah lagu daripada kumpulan terkenal Backstreet Boys; penyanyi R&B, Beyonce; kumpulan muzik dari Kanada, Simple Plan dan kumpulan pop Britain, Take That.

Lagu artis Asia yang diharamkan termasuklah penyanyi Taiwan, Zhang Hui-mei yang sebelum ini menghina kerajaan Beijing selepas menyanyikan lagu kebangsaan Taiwan semasa pelantikan bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian pada 2000.

China, yang menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya, mengharamkan Hui-mei buat sementara waktu daripada membuat persembahan di Tanah Besar dan membatalkan semula iklan produknya.

Pihak berkuasa dilaporkan turut mengharamkan beberapa kumpulan muzik dari luar negara untuk membuat persembahan secara langsung di China, atau meneliti terlebih dahulu senarai lagu bagi mengetepikan lagu yang dianggap sensitif.

Sekatan sedemikian semakin ketat dikenakan terhadap persembahan artis dari luar negara selepas penyanyi Iceland, Bjork menjerit ‘Tibet!’ ketika selesai menyanyikan lagunya, Declare Independence pada pertunjukan Shanghai 2008.

Sejak 2010, China mengkehendaki semua lagu yang dimasukkan dalam laman web muzik supaya mendapat kelulusan terlebih dahulu, sebagai sebahagian langkah untuk menghapuskan kegiatan cetak rompak.

China, haramkan, lagu, Lady, Gaga, China, mengharamkan, laman, web, memaparkan, lagu, artis, terkemuka, Lady Gaga, Backstreet Boys, kenyataan, laman, web, Kementerian, Kebudayaan, republik, komunis, Kementerian, bertujuan, mengawal, ‘peraturan’ pasaran, muzik, Internet, lagu-lagu, memudaratkan, budaya, negara, bersihkan, bawah, undang-undang, The, Edge, Glory, Hair, Marry, Night, Bloody, Mary