Category Archives: Berita Negara Asia

Berita Negara-negara lain di Asia

Mangsa rokok meletup dalam mulut menyesal

Mangsa rokok meletup dalam mulut menyesal

JAKARTA – Sebuah syarikat pengeluar rokok, Pt Nojorono Tobacco Indonesia bersetuju untuk membiayai rawatan perubatan seorang lelaki yang kehilangan enam batang gigi apabila sebatang rokok yang dihisapnya meletup di dalam mulutnya.

Lelaki itu, Andi Susanto, 31, memberitahu stesen televisyen Metro TV dalam satu temu ramah dari sebuah hospital bahawa syarikat tersebut membuat tawaran untuk membiayai rawatan perubatannya.

“Pegawai-pegawai syarikat itu telah berbincang dengan keluarga saya dan kami bersetuju untuk menyelesaikan isu tersebut atas dasar persahabatan sebagai satu penyelesaian di luar mahkamah.

“Mereka akan membiayai rawatan perubatan,” katanya.

Punca letupan itu masih belum diketahui.

Menurutnya, dia tidak mengunyah makanan lain semasa menyalakan rokok Clas Mild dan tidak menyedari sebarang keganjilan mengenai bau, warna dan rasanya.

Ekoran kejadian itu, dia menyatakan akan berhenti merokok.

Mangsa, Mangsa berita, Mangsa kini, Mangsa dunia, Mangsa asia, Mangsa malaysia, Mangsa melayu, Mangsa indon, Mangsa indonesia, Mangsa kl, Mangsa foto, Mangsa gambar, Mangsa terkini, Mangsa web, Mangsa harian, Mangsa baru, Mangsa bf1, beritabf1, berita bf1, berita kini, beritakini, berita malaysia, berita indon, berita indonesia, berita dunia, berita harian, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik,teknologi Mangsa,dan Mangsa,Mangsa kahwin

Bahan letupan ditemui di dua pantai Israel

Bahan letupan ditemui di dua pantai Israel

BAITULMAQDIS – Sekurang-kurangnya tiga bahan letupan dijumpai di dua pantai Israel semalam yang dianggap sebagai percubaan pejuang-pejuang Palestin di Genting Gaza untuk menyerang negara Yahudi itu.

Kelmarin, pasukan pemusnah bom meletupkan salah satu bahan letupan itu di pantai Mediterranean di bandar Ashkelon, selatan Israel.

Dua lagi bahan letupan ditemui di pantai utara di bandar Ashdod.

“Bahan-bahan itu bertujuan untuk digunakan dalam serangan di Israel,” kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld yang enggan memberikan sebarang butiran lanjut.

Bekas komander tentera laut Israel, Avraham Ben Shushan menyatakan bahan letupan itu mungkin periuk api untuk menyerang kapal-kapal laut Israel yang melakukan sekatan ke atas Genting Gaza, wilayah yang dikuasai Hamas.

“Terdapat beberapa percubaan untuk menyerang kapal-kapal Israel sebelum ini.

“Bagi saya, bahan letupan itu terapung sehingga ke pantai selepas ia tidak meletup di laut,” kata Ben Sushan kepada stesen radio milik tentera.

Polis Israel menutup pantai-pantai berhampiran Genting Gaza selain mengarahkan kapal-kapal nelayan di kawasan itu berada di pelabuhan selepas bahan letupan tersebut ditemui. Setakat ini tidak ada sebarang komen yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan pejuang di Genting Gaza berhubung penemuan beberapa bahan letupan itu.

Bahan, Bahan berita, Bahan kini, Bahan dunia, Bahan asia, Bahan malaysia, Bahan melayu, Bahan indon, Bahan indonesia, Bahan kl, Bahan foto, Bahan gambar, Bahan terkini, Bahan web, Bahan harian, Bahan baru, Bahan bf1, beritabf1, berita bf1, berita kini, beritakini, berita malaysia, berita indon, berita indonesia, berita dunia, berita harian, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik,teknologi bahan,dan bahan,bahan kimia,

Misteri Tutankhamun akan didedah

Misteri Tutankhamun akan didedah

KAHERAH – Hasil ujian asid deoxyribonucleic (DNA) diambil daripada mumia yang dipercayai Firaun Tutankhamun akan diumumkan pada 17 Februari ini, kata Ketua Antikuiti Mesir, Zahi Hawass kelmarin.

Makam firaun itu yang meninggal dunia lebih 3,000 tahun itu ditemui oleh ahli-ahli arkeologi British di Lembah Raja-Raja pada 1922.

Pada Ogos 2008, pihak berkuasa antikuiti itu menyatakan sampel DNA telah diambil daripada mumia Tutankhamun bagi menentukan sama ada firaun tersebut bapa kepada dua janin yang ditemui di dalam makamnya.

Tutankhamun menjadi firaun semasa berumur sembilan tahun dan punca kematiannya menjadi pertikaian ahli-ahli sejarah dengan sebahagian mereka menyatakan dia meninggal dunia disebabkan kecederaan pada satu kakinya.

Namun, beberapa ahli sejarah menyatakan dia dibunuh.

Teori yang mendakwa Tutankhamun dibunuh diperkukuhkan dengan fakta bahawa dia merupakan pemerintah terakhir daripada dinastinya.

Tutankhamun menjadi terkenal kerana penemuan harta karun di dalam makamnya termasuk topeng muka emas seberat 11 kilogram.

raja Tutankhamun, Tutankhamun, firaun Tutankhamun, Tutankhamun harta, makam Tutankhamun,Tutankhamun artefak, makam Tutankhamun, Tutankhamun sarkofagus, Tutankhamun pemakaman, mumi Tutankhamun, Tutankhamun pemerintahan, Tutankhamun peti mati, kingtutone Tutankhamun,penemuan Tutankhamun, kusir Tutankhamun, Tutankhamun harta, Tutankhamun 1922, makam Tutankhamun, kematian Tutankhamun, kutukan Tutankhamun, raja Tutankhamun, Tutankhamun masker,Fir’aun Tutankhamun, Tutankhamun pameran, Tutankhamun piramida, mesir Tutankhamun, egyptian Tutankhamun, Tutankhamun agama, wajah Tutankhamun, kematian Tutankhamun masker, Tutankhamun ruang pemakaman, Tutankhamun ditemukan, tut raja Tutankhamun, Tutankhamun geografis nasional,Tutankhamun ditemukan, Tutankhamun tumb, Tutankhamun takhta, howard kusir Tutankhamun,