Anak perempuan Schwarzenegger mahu tukar nama

Anak perempuan Schwarzenegger mahu tukar nama

LOS ANGELES 10 Ogos – Anak perempuan sulung pelakon Arnold Schwarzenegger mempertimbangkan untuk menukar nama keluarganya kerana menganggap ia terlalu gah untuk dikaitkan dengan dirinya.

Katherine, 21, membuat pertimbangan tersebut apabila memasuki kolej kelak.

“Saya terfikir untuk menukar nama keluarga kerana mahu keluar bersama lelaki.

“Menggunakan nama Schwarzenegger setiap hari sebagai nama akhir membuatkan saya terlampau memikirkannya,” katanya kepada Harper’s Bazaar.

Katanya, setiap lelaki yang berminat dengan sukan bina badan akan menyebut nama bapanya setelah mereka mengetahui nama akhirnya.

“Saya berasa seperti mereka sebenarnya mahu keluar bersama Arnold dan bukannya saya,” ujarnya.

Walaupun kini bapa dan ibunya, Maria Shriver berdepan dengan masalah keretakan rumah tangga, Katherine tetap berterima kasih kepada mereka kerana membesarkan dia serta adik beradiknya, Christina, 19; Patrick, 17 dan Christopher, 13.

“Saya percaya semua yang berlaku kini mempunyai sebab yang tersendiri dan akan memahaminya apabila semuanya selesai,” katanya.

nama, schwarzenegger, mahu, anak, perempuan, anak perempuan, perempuan schwarzenegger, schwarzenegger mahu, tukar, mahu tukar, tukar nama, luar, negara, luar negara, malaysia, Anak perempuan, sulung, pelakon, Arnold Schwarzenegger, nama keluarganya, Katherine, membuat pertimbangan, memasuki, kolej, kelak, Saya, menukar, nama, keluarga, keluar, bersama, lelaki